PROGRAM OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (OSH) DAY JKR KEDAH 2024

   
Program Occupational Safety and Health (OSH) Day JKR Kedah 2024, telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah JKR Kedah di Dewan Persidangan Tingkat 12, Bangunan Sultan Abdul Halim (BSAH) pada 25 Julai 2024, seramai 200 penyertaan hadir termasuk agensi luar seperti
i.Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah (DOSH)
ii.Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)
iii.Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Kedah (CIDB)
iv.Jabatan Kesihatan Negeri Kedah,
v.Pejabat PERKESO Negeri Kedah
vi.Rakan Akrab JKR Kedah
vii.Renzo Ventures Sdn. Bhd.
viii.Prudential Insurans
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Pasukan Projek Persekutuan JKR Negeri Kedah dan JKR-JKR Daerah yang diketuai oleh JKR Padang Terap/Pokok Sena. Setinggi perhargaan dan terima kasih kepada diucapkan barisan Urusetia Program dari CPAB & Bahagian Korporat, Bahagian Jalan Bahagian Arkitek, Bahagian Pentadbiran & Kewangan, JKR Daerah Kota Setar dan Ahli Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Bangunan Sultan Abdul Halim (BSAH)
Objektif OSH Day bagi tahun ini adalah menumpukan kepada pemerkasaan amalan membudayakan nilai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) di semua peringkat pekerjaan baik di bahagian pengurusan mahupun di bahagian sokongan dan agar dapat mengukuhkan lagi kebersamaan dan kesepakatan dalam pejabat kita khususnya bagi membina budaya kerja yang selamat dan sihat.