MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP KOLEJ TENTERA UDARA (KTU) KEPALA BATAS

 
31 Julai 2024 – Majlis Penyerahan Projek Siap yang diketuai Ketua Unit Tentera JKR Negeri Kedah Ir. Mohd Hafizi Mat Akhir bersama-sama dengan Ketua Zon Utara Ir. Ts. Hilmi Sham serta Tc. Norliza dan Siti Rohani kepada Brig. Jen. Ramli selaku Komandan telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas Alor Setar Kedah.
Pada majlis ini, diadakan upacara menandatangi Sijil Penyerahan dan Penerimaan Projek.
Projek² yang telah siap adalah :
1. Kerja² Pemasangan Pagar Penghadang Blok Wanita Pelatih ITAS Serta Kerja² Berkaitan
2. Kerja² Senggaraan Water Proofing Tandas Di Blok Penginapan Mes Pegawai
3. Kerja² Senggaraan Pagar Perimeter
4. Kerja² Senggaraan Gutter Dan Lain² Kerja Berkaitan di Kolam Renang
Projek² ini berjaya disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.