Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Tawaran Semula Cadangan Kerja-Kerja Menaiktaraf Kem Wawasan Negara Langkawi, Jalan Batu Asah, Langkawi, Kedah Darul Aman telah berlangsung dengan jayanya pada 09 September 2024 (Isnin) bertempat di Auditorium Mahsuri, Pusat Latihan Kenegaraan, Langkawi, Kedah Darul Aman.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM).
Majlis bertambah berseri dengan kehadiran YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, YBrs. Encik Hafizi bin Ahmad, Ketua Pusat Latihan Kenegaraan Langkawi, YBrs. Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah JKR Langkawi selaku Pegawai Penguasa dan YBrs. En. Mohamad Rosyidi bin Osman, Pengarah Urusan Teras Jelapang Sdn. Bhd selaku Kontraktor Utama.
Kejayaan menyiapkan projek ini menunjukkan segala usaha, komitmen dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak yang menjadi faktor penting sehingga projek ini dapat disiapkan serta dapat diserahkan kepada pihak pelanggan.
Syabas dan tahniah kepada semua pasukan projek JKR Langkawi.
Sumber: JKR Langkawi