𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐋𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐒 – 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐊𝐀𝐘𝐔 𝐇𝐈𝐓𝐀𝐌 (𝐅𝐓 𝟎𝟎𝟏) 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐒𝐘𝐄𝐍 𝟖𝟗𝟐.𝟎𝟎𝟎 𝐒𝐄𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝐒𝐄𝐊𝐒𝐘𝐄𝐍 𝟖𝟗𝟑.𝟎𝟒𝟎 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐒𝐔, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍

𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐋𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐒 – 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐊𝐀𝐘𝐔 𝐇𝐈𝐓𝐀𝐌 (𝐅𝐓 𝟎𝟎𝟏) 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐒𝐘𝐄𝐍 𝟖𝟗𝟐.𝟎𝟎𝟎 𝐒𝐄𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝐒𝐄𝐊𝐒𝐘𝐄𝐍 𝟖𝟗𝟑.𝟎𝟒𝟎 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐒𝐔, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍
Adalah dimaklumkan bahawa penutupan sementara di Laluan Kepala Batas – Bukit Kayu Hitam (FT 001) di Seksyen 892.000 sehingga Seksyen 893.040 dari arah Jitra ke Changlun.
𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐀 𝐋𝐎𝐑𝐎𝐍𝐆
𝟐𝟎 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓) 𝐒𝐄𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝟑𝟎 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐀𝐁𝐔)
Penutupan dua lorong ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan sistem 𝙃𝙞𝙜𝙝 𝙎𝙥𝙚𝙚𝙙 𝙒𝙚𝙞𝙜𝙝 𝙄𝙣 𝙈𝙤𝙩𝙞𝙤𝙣 (𝙃𝙎-𝙒𝙞𝙈) di laluan tersebut.
Sebahagian Laluan Persekutuan (FT 001) Seksyen 892.000 sehingga Seksyen 893.040 akan ditutup sepenuhnya dari arah Jitra ke Changlun manakala laluan trafik dari Changlun ke Jitra akan menjadi laluan kontra bagi kenderaan yang akan ke utara di Laluan Kepala Batas – Bukit Kayu Hitam (FT 001).
Kerja – kerja tersebut akan dilaksanakan pada 20 September 2024 (Jumaat) sehingga 30 Oktober 2024 (Rabu).
Pemasangan papan tanda keselamatan, papan tanda arah serta notis pemberitahuan penutupan akan dilaksanakan di sepanjang laluan lencongan tersebut sebagai panduan kepada pengguna jalan raya.
Laluan dua lorong akan dibuka semula kepada pengguna jalan raya seperti biasa pada 𝟯𝟭 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰.
Pengguna jalan raya bagi laluan tersebut adalah diingatkan supaya mematuhi papan tanda lalu lintas yang telah disediakan memandangkan laluan tersebut hanya dibuka kepada 1 lorong dua hala kepada pengguna.
Segala kesulitan amat dikesali
“𝓚𝓮𝓼𝓾𝓵𝓲𝓽𝓪𝓷 𝓗𝓪𝓻𝓲 𝓘𝓷𝓲 𝓓𝓮𝓶𝓲 𝓚𝓮𝓼𝓮𝓵𝓮𝓼𝓪𝓪𝓷 𝓓𝓲 𝓜𝓪𝓼𝓪 𝓗𝓪𝓭𝓪𝓹𝓪𝓷”