Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Cadangan Pembinaan Satu Sekolah Dan Menaiktaraf Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karangan, Kedah telah berlangsung dengan jayanya pada 10 November 2024 (Ahad) bertempat di Sekolah PUSPEN Karangan, Kulim, Kedah.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail, Menteri Dalam Negeri serta dihadiri oleh Dif-Dif Kehormat, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), serta Pegawai-Pegawai Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Majlis Penyerahan ini turut dihadiri Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia, YBrs. Puan Ir. Maria Binti Marcus dan Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia, YBrs. Ir. Ismail Bin Hashim. Taklimat Penyerahan Projek disampaikan YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kedah.