πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π ππ‘πŽπ‰π„πŠ πŒπ„ππ€πˆπŠπ“π€π‘π€π… 𝐃𝐀𝐍 π”ππ€π‡π’π”π€πˆ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 π’π”π‘π”π‡π€ππ‰π€π˜π€ πŠπŽππ„π‘π€π’πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π’πŠπŒ) π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ, πŠπ„πƒπ€π‡

π“π€π‘πˆπŠπ‡: πŸπŸ—.𝟏𝟏.πŸπŸŽπŸπŸ’ (𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀)

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan telah dilaksanakan pada 19 November 2024 (Selasa) bertempat di Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Langkawi, Kedah.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Encik Rozdeen bin Mohd Jaafar, Naib Ketua Eksekutif Pengurusan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Majlis bertambah seri dengan kehadiran Ir Andy Surin A/L Khoo Ah Chai, Jurutera Awam Penguasa Bangunan mewakili Pengarah JKR Negeri Kedah, Yang Berusaha Puan Hajjah Norzila Binti Nayan, Pengarah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Kedah, Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah JKR Langkawi, Encik Fauzan bin Yaakob, Pengarah Urusan Ambang Usaha Enterprise selaku Kontraktor Utama serta pasukan projek yang terlibat.

Kejayaan menyiapkan projek ini menunjukkan segala usaha, komitmen dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak yang menjadi factor penting sehingga projek ini dapat disiapkan serta dapat diserahkan kepada pihak pelanggan.

Syabas dan tahniah kepada semua pasukan projekΒ JKRΒ Langkawi.