Majlis penyerahan dua projek siap kepada pelanggan telah dilaksanakan pada 18 November 2024 (Isnin) bertempat di Auditorium, Kompleks Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datoβ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Majlis bertambah seri dengan kehadiran Yang Mulia Raja Muhammad Azhan Shah bin Raja Muhammad, Setiausaha Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan (RPM) Kementerian Kewangan Malaysia, Yang Berbahagia Datoβ Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Fary Akmal binti Osman, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan Tinggi, Ir. Haji Hasbullah bin Haji Osman, AMP, PPT, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan dan Ir Andy Surin A/L Khoo Ah Chai, Jurutera Awam Penguasa Bangunan mewakili Pengarah JKR Negeri Kedah.
Turut serta Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah JKR Langkawi selaku Pegawai Penguasa, Puan Siti Shauqiah binti Zindudin, Pengarah Urusan Maju Merge Resources Sdn. Bhd serta Haji Hisammuddin bin Hamid, Pengarah Urusan Bukit Timur Construction & Trading selaku Kontraktor Utama, wakil daripada pihak LADA, MOF,KPT, ICU dan semua yang terlibat.
Kejayaan menyiapkan projek ini menunjukkan segala usaha, komitmen dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak yang menjadi faktor penting sehingga projek ini dapat disiapkan serta dapat diserahkan kepada pihak pelanggan.
Syabas dan tahniah kepada semua pasukan projek JKR Langkawi.