Pada 5 Februari 2025 telah berlangsungnya satu Majlis Serahan Projek Pembaikan Cerun di Batalion ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (19RAMD). Projek ini telah dilaksanakan oleh Unit Tentera Negeri, JKR Kedah melalui kontraktor utama, Marosh Teraju Enterprise. Tempoh pembinaan bagi projek ini adalah selama 6 bulan bermula dari April 2024 hingga tarikh siap asal pada Oktober 2024. Namun demikian, berikutan isu teknikal di tapak, kontrak bagi projek ini telah dilanjutkan selama sebulan dan akhirnya disiapkan pada November 2024.
Skop pelaksanaan projek ini adalah melibatkan komponen tembok penahan dari jenis “Contiguous Micropile” lengkap bersekali dengan “Soil Nailing”, “Skin Wall” serta “Capping Beam”, pembinaan longkang “Interceptor ‘U’-Drain”, penjajaran semula pagar dari jenis “Chain Link” serta penanaman rumput secara “Close Turfing” pada kawasan yang terlibat dgn kerja cerun. Projek ini telah dilaksanakan dengan kos berjumlah RM550,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Lima Puluh Ribu).
Majlis serahan projek telah disempurnakan oleh Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, Pengarah JKR Kedah dan turut menyaksikan serahan Sijil Serahan Siap Kerja oleh Unit Tentera Negeri, JKR Kedah yang diwakili oleh Ir. Mohd Hafizi Bin Mat Akhi, Ketua Unit Tentera Negeri, JKR Kedah kepada Batalion Ke-19 RAMD yang diwakili oleh Mej. Muhamad Hanif Bin Hamidi, Pemangku Pegawai Memerintah 19RAMD (Mekanize). Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran pegawai-pegawai dari JKR Kedah, 19 RAMD, serta wakil dari pihak kontraktor utama, Marosh Teraju Enterprise.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan projek yang terlibat di atas kejayaan penyiapan projek ini.