22hb Februari 2025| Sabtu, Lawatan kerja YBhg Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia ke Projek Membina Jambatan Sala Alor Setar, Kedah. Turut bersama Dr. Ir. Ts. Gs. Br. Zarabizan bin Zakaria, Tuan Pengarah JKR Kedah, Ir. Mohd. Fisal bin Ismail, Tuan Jurutera Daerah JKR Daerah Kota Setar Ir. Isnil Badril bin Ismail, Tuan Jurutera Jalan Daerah En. Mahazan bin Mahathir, Tuan JuruUkur Bahan Daerah En. Mohd Izzat bin Zulkurnain serta barisan pengawas projek tersebut. Diberi taklimat tentang projek-projek semasa dan yang sedang berjalan di Jambatan tersebut serta penerangan terperinci tentang kemajuan terkini bagi projek jambatan tersebut. Jambatan tersebut diawasi sepenuhnya oleh Bahagian Jalan JKR Daerah Kota Setar, Dato’ Seri KSU seterusnya di bawa membuat tinjauan kawasan projek tersebut.Turut serta dalam lawatan tersebut Tuan Pengarah CIDB Kedah, En. Muhammad Fariq bin Abdul Hamid serta Ketua Jurutera Elektrik Negeri Kedahm Ir. Amalina binti Taib.
Sumber: JKR Daerah Kota Setar