MAJLIS PENYERAHAN PROJEK CADANGAN MEMBINA BANGUNAN TAMBAHAN MAAHAD TAHFIZ SAINS DARULAMAN YANG MENGANDUNGI 1 BLOK PENTADBIRAN & AKADEMIK, 1 BLOK BANGUNAN ASRAMA PUTERI 3 TINGKAT SERTA KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN YANG BERKAITAN DI ATAS TANAH KERAJAAN SEKSYEN 42, BANDAR KULIM, KEDAH DARUL AMAN
Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Cadangan Membina Bangunan Tambahan Maahad Tahfiz Sains Darulaman Yang Mengandungi 1 Blok Pentadbiran & Akademik, 1 Blok Bangunan Asrama Puteri 3 Tingkat Serta Kemudahan-Kemudahan Lain Yang Berkaitan Di Atas Tanah Kerajaan Seksyen 42, Bandar Kulim, Kedah Darul Aman telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Februari 2025 (Khamis) bertempat di Maahad Tahfiz Sains Darulaman, Kulim, Kedah.
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman serta dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Pegawai-Pegawai Tadbir Kerajaan Negeri, Dif-Dif Kehormat serta Pegawai Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Majlis Penyerahan projek ini turut dihadiri Oleh Jurutera Daerah, Ir. Yulinar Bt Ismail dan dianjurkan JKR Kulim/Bandar Baharu.Taklimat Penyerahan Projek disampaikan YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kedah dan dokumen penyerahan di tandatangani dan diserahkan kepada Yang Berhormat Dato’ Wira Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah . Projek ini juga berjaya mencapai 6 dalam 1 iaitu sijil perakuan siap kerja (CPC), penyiapan penyata akaun muktamad (SoFA), penyiapan lukisan siap bina, Sifar Loss Time Injuries (LTI), penilaian Qlassic oleh CIDB (average national QLASSIC Score), dan penjimatan kos.