ALOR SETAR, 23 Mac 2025 – Lawatan kerja rasmi YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia ke Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah. Turut hadir sama ialah YBrs. Ir. Hj. Zulkifli Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBrs. Ir. Ahmad Shahruzi Ahmad, Pengarah Reka Bentuk (Cawangan Kejuruteraan Mekanikal). Deligasi YBhg. Datuk Wira Ketua Pengarah telah disambut mesra oleh YBrs. Pengarah Jabatan Kerja Negeri Kedah bersama Ketua- Ketua Bahagian, Ketua – Ketua Cawangan, Ketua Unit serta Jurutera- Jurutera Daerah JKR Negeri Kedah.
Antara Program Lawatan yang telah disusun adalah :
– Sesi perbincangan dua hala antara YBhg. Datuk Wira Ketua Pengarah JKR Malaysia bersama Pegawai- Pegawai JKR Negeri Kedah
– sesi penyampaian sijil – sijil
– sesi lawatan ke Bahagian – bahagian di JKR Negeri Kedah
Sejurus tamat lawatan di JKR Negeri Kedah, YBhg. Datuk Wira Ketua Pengarah JKR Malaysia serta delegasi mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman. Kunjungan hormat ini bertujuan bersual kenal dan mengukuhkan hubungan silaturrahim diantara Jabatan.
Terima kasih atas kesudian YBhg. Datuk Wira Ketua Pengarah ke Negeri Kedah. Semoga kunjungan ini membawa manfaat kepada semua warga JKR Negeri Kedah.