LAWATAN KERJA JKR KELANTAN KE JKR KEDAH DARUL AMAN

    

Pada 1 Jun 2025, satu Lawatan Kerja oleh JKR Kelantan telah diadakan berkaitan pelaksanaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di JKR Kedah. Lawatan ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 6, Bangunan Sultan Abdul Halim, Negeri Kedah.
Ketibaan delegasi dari JKR Kelantan telah disambut mesra oleh Ir. Mohd. Fisal bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kedah,turut hadir dalam majlis sambutan ialah Pengerusi KKP BSAH (Jurutera Awam Penguasa Bangunan) dan Jurutera Awam Penguasa CPAB & Korporat.
Seramai 36 anggota termasuk Pengarah JKR Kelantan Ir. Hj. Nik Soh Bin Yaacoub, Jurutera Awam Penguasa Kanan Ir. Hj. Zakaria Bin Semail, Juruukur Bahan Penguasa En. Mat Nasir bin Mat Nawi dan Pegawai Tabdir Pn. Nor Rusahida binti Ibrahim turut menyertai lawatan tersebut.
Selain itu, delegasi dari JKR Kelantan juga mengadakan lawatan tapak di Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dengan Kuarters, Langgar, Kedah dan disambut oleh Ir. Hamdan bin Noh Jurutera Awam Penguasa Kanan dan pasukan projek tersebut.