MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MENAIKTARAF JALAN SUKAMENANTI

03 Jun 2025| Selasa
Pengarah Jabatan Kerja Raya Kedah Tuan Ir. Mohd Fisal bin Ismail hadir ke Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Jalan Suka Menanti (K 137) dengan diiringi oleh Tuan Jurutera Daerah JKR Daerah Kota Setar Ir. Isnil Badril bin Ismail, Pegawai Tapak Bina yang mengawasi projek ini selaku Jurutera Bangunan Puan Halimah binti Abdul serta barisan Penolong Jurutera yang mengawasi projek ini.
Majlis ini disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, SPMK., AMK.
Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman.
Kerja-kerja yang telah dijalankan oleh Detik Ventures Sdn. Bhd. telah pun siap sepenuhnya pada tahun 2024 dan di serahkan pada hari ni.
Semoga dengan adanya laluan ini akan dapat memberikan impak yang positif kepada masyarakat sekitar Bandaraya Alor Setar khususnya di Jalan Pantai Johor,Gunung Keriang dan Lebuhraya Sultanah Bahiyah dari segi sosio ekonomi. Hadir bersama dalam penyerahan ini, Exco Kerja Raya Kedah YB. Tuan Hj. Mohamad Yusoff bin Zakaria SSS, AMK, BKM., Exco Pengangkutan YB. Tuan Hj. Dzowahir bin Hj. Ab. Ghani, Ybhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, DSSS., AMK., BCK. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), serta Kontraktor Utama yang di hadiri oleh CEO Hj. Faharul Azman bin Ahmad Sabki dari Syarikat Detik Ventures Sdn Bhd. Gimik pelepasan atau “Flag Off” di lakukan semasa akhir penyerahan ini oleh YAB. Menteri Besar Kedah di susur jalan tersebut sebagai simbolik penyerahan.