14.07.2025 – Tahniah dan Syabas JKR Negeri Kedah merangkul Johan Anugerah Inovasi Pengurusan Pembinaan Terbaik Projek Melebihi RM 20 juta – Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Kepala Batas, Kedah pada Persidangan Pegawai Kanan (SOC) 2025 JKR di Terengganu.
Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Kepala Batas, Kedah di bawah seliaan Pasukan Projek Persekutuan Negeri (PPPN) Kedah telah berjaya disiapkan 2 bulan awal tanpa sebarang EOT dengan pencapaian 16 Dalam 1. Projek ini juga merupakan projek in house JKR Kedah – Bukti kejayaan kerjasama luar biasa.