LAWATAN KERJA YB DATUK SERI AHMAD MASLAN, TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA KE PROJEK PUSAT DARAH WILAYAH UTARA, SUNGAI PETANI, KEDAH

 

26 JULAI 2025 ( SABTU)
LAWATAN KERJA YB DATUK SERI AHMAD MASLAN, TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA KE PROJEK PUSAT DARAH WILAYAH UTARA, SUNGAI PETANI, KEDAH
Timbalan Menteri Kementerian Kerja Raya ( KKR) Malaysia, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke tapak Projek Pusat Darah Wilayah Utara, Sungai Petani, Kedah. Projek ini dilaksanakan secara kaedah Reka dan Bina oleh kontraktor MEC Jati Sdn. Bhd.
Projek ini diselia oleh Jabatan Kerja Raya ( JKR) Negeri Kedah sebagai agensi pelaksana dan di bawah pengawasan oleh Pasukan Projek Persekutuan JKR Negeri ( PPPN) Kedah.
Dalam lawatan kerja tersebut, Timbalan Menteri Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia telah diiringi oleh Jurutera Awam Penguasa Kanan, PPPN Negeri Kedah serta pasukan projek yang terlibat.