MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA YBHG. DATO’ AR. IDR. AZMAN BIN MD. HASHIM , TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (SEKTOR PAKAR) JKR MALAYSIA SEMPENA LAWATAN KERJA KE NEGERI KEDAH

10 OGOS 2025 ( AHAD)
Majlis Perjumpaan Bersama YBhg. Dato’ Ar. IDr. Azman Bin Md. Hashim , Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) JKR Malaysia Sempena Lawatan Kerja Ke Negeri Kedah
YBhg. Dato’ Ar. IDr. Azman Bin Md. Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) JKR Malaysia telah mengadakan majlis perjumpaan bersama Pegawai – Pegawai Kanan JKR Negeri Kedah sempena lawatan kerja ke Negeri Kedah bertempat di Dewan Al- Hisyam, JKR Daerah Kubang Pasu.
Dalam lawatan kerja tersebut, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) JKR Malaysia telah diiringi oleh Pengarah JKR Negeri Kedah, Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan dan Jurutera-Jurutera Daerah.
Perjumpaan ini diadakan bertujuan bagi membincangkan perkara- perkara berkenaan jabatan dan pelaksanaan projek – projek semasa di Negeri Kedah.
Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato’ Ar. IDr. Azman Bin Md. Hashim , Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) JKR Malaysia di atas kesudian untuk meluangkan masa bersama-sama warga JKR Negeri Kedah.