𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐊𝐒 𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐋𝐈𝐒𝐑𝐀𝐌), 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

     

𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐇: 𝟎𝟖.𝟎𝟗.𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐈 𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐊𝐒 𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐋𝐈𝐒𝐑𝐀𝐌), 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐀𝐇𝐄𝐀𝐃 𝐎𝐅 𝐓𝐈𝐌𝐄 (𝐀𝐎𝐓) 𝟏𝟓𝟖 𝐇𝐀𝐑𝐈
Majlis penyerahan projek kerja-kerja pembaikan bangunan serta kerja-kerja berkaitan di Kompleks Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi Malaysia (LISRAM), Kedah telah disempurnakan dengan jayanya oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Berusaha Encik Ahmad Nizam bin Norali Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Dalam Negeri, Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah JKR Kedah, Ir. Ts. Fadzilah binti Sulaiman, Jurutera Awam Penguasa Kanan (yang menjalankan tugas) Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan dan Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah JKR Langkawi, yang turut mengiringi Ketua Pengarah Kerja Raya sepanjang majlis berlangsung.
Majlis diteruskan dengan upacara simbolik penyerahan projek melalui sesi menandatangani dokumen penyerahan dan replika kunci oleh Encik Mohammad Lutfi bin Shuib kontraktor selaku utama SBF Bina Enterprise kepada Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah JKR Langkawi dan seterusnya kepada Encik Ahmad Nizam bin Norali, Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Dalam Negeri. Upacara ini turut disaksikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya.
Projek ini telah dilaksanakan secara Konvensional Dalaman dengan kos kontrak berjumlah RM2,167,150.00. Bermula dari Tarikh Milik Tapak pada 4 November 2024, projek ini berjaya disiapkan sepenuhnya serta diberikan Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 29 Mei 2025, iaitu 158 hari lebih awal (Ahead of Time) daripada tarikh siap asal kontrak pada 3 November 2025.
Pencapaian ini merupakan satu kejayaan membanggakan oleh pasukan projek JKR Daerah Langkawi yang diketuai oleh Jurutera Daerah JKR Langkawi selaku Pegawai Penguasa.
Projek ini bukan sahaja menepati dan memenuhi KPI JKR Malaysia dalam pencapaian 3 dalam 1 malahan telah Berjaya melangkaui KPI JKR Malaysia dengan memberi nilai tambahan 9 dalam 1 merangkumi kriteria berikut :
1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
2. Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
3. Lukisan Siap Bina (As Built Drawing);
4. Operation & Maintenance (O&M) Manual;
5. Zero Major Defects;
6. Zero Lost Time Injuries (LTI);
7. Coffee Table Book;
8. Mencapai Kepuasan Pelanggan;
9. Projek Siap Awal Daripada Jadual – 158 hari (AOT).
Serahan perojek ini jelas membuktikan komitmen dan keupayaan Jabatan Kerja Raya dalam merealisasikan projek strategik kerajaan serta mengangkat imej jabatan sebagai pelaksana projek yang berwibawa dan berintegriti tinggi.
Syabas dan tahniah diucapkan !