11 SEPTEMBER 2025 (KHAMIS)
MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA PENGARAH SERTA MAJLIS PERSARAAN DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) KAKITANGAN JABATAN KERJA RAYA (JKR) NEGERI KEDAH TAHUN 2025
Pada 11 September 2025, telah berlangsungnya Majlis Perjumpaan Bersama Pengarah Serta Majlis Persaraan Dan Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah, Penyerahan Sijil Tokoh Pekerja dan Penyampaian Sijil Kawad Hari Kemerdekaan Tahun 2025 bertempat di Dewan Persidangan Tingkat 12, Bangunan Sultan Abdul Halim, JKR Kedah.
Majlis ini bertujuan menghargai jasa dan dedikasi warga jabatan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta dedikasi tinggi dalam perkhidmatan awam.
Penyerahan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)
– 75 orang penerima sijil APC kakitangan negeri
– 29 orang penerima sijil APC kakitangan persekutuan
Penyerahan Sijil Tokoh Pekerja
– 3 orang tokoh yang menjadi inspirasi kepada warga jabatan
Penyerahan Sijil Persaraan
– 9 orang pesara diraikan atas jasa dan sumbangan sepanjang perkhidmatan
Penyerahan Sijil Penghargaan Sempena Hari Kemerdekaan
– 33 orang mewakili JKR Kedah bagi menyertai perbarisan sempena Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kedah telah menunjukkan semangat patriotik dan disiplin tinggi
Majlis ini menjadi simbol penghargaan terhadap kecemerlangan, dedikasi dan semangat perkhidmatan awam yang terus menyumbang kepada JKR Kedah. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang diraikan.