MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA TERBUKA BERBUMBUNG FASA 1 NEGERI KEDAH

        

01 Oktober 2025| Rabu
Pengarah Jabatan Kerja Raya Kedah, Tuan Ir. Mohd Fisal bin Ismail telah hadir ke MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA TERBUKA BERBUMBUNG FASA 1 NEGERI KEDAH yang telah diadakan di SMK Megat Dewa dengan diiringi oleh Pn Noor Hasmida Binti Din, Jurutera Awam Kanan, Bhgn Pejabat Negeri 3, Zon Utara, Caw Kerja Pendidikan, Ir Andy Surin A/L Khoo Ah Chai, Jurutera Awam Penguasa Bangunan, JKR Negeri Kedah, tuan rumah bersama iaitu Ir Ahmad Shahril Azli Bin Idris, Jurutera Daerah Kubang Pasu, Ir Ts Mohd Shahneezam Bin Abd Rahman, Jurutera Daerah Sik, YM Ir Ts Tengku Firdaus Bin Tuan Lah, Jurutera Daerah Kulim/ Bandar Baharu, Pn. Nur Aidil Adila Binti Edrus, Jurutera Bangunan, JKR Daerah Kuala Muda.
Majlis ini turut disempurnakan dengan kehadiran Yang Berbahagia Tuan Haji Ishaq Bin Awang, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran, JPN Negeri Kedah.
Majlis Penyerahan Projek Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung, Fasa 1 ini melibatkan;
• SMK Megat Dewa, Daerah Kubang Pasu
• SK Bandar Baru Darulaman, Daerah Kubang Pasu
• SMK Gulau, Daerah Sik
• SK Sungai Karangan, Daerah Kulim/ Bandar Baharu
• SK Sungai Layar, Daerah Kuala Muda
Projek ini merupakan projek utama yang dapat membantu Kerajaan Melalui KPM dalam menambahbaik kemudahan sekolah terutama dalam menyediakan ruang perhimpunan yang lebih selesa, kondusif, selamat dan lengkap untuk murid-murid dan guru-guru. Disamping dapat menyediakan tempat yang lebih selesa bagi menghimpun warga sekolah dalam menjalankan pelbagai aktiviti di luar bilik darjah serta dapat dijadikan sebagai pusat perlindungan sementara mangsa banjir bagi yang terlibat dengan bencana alam tersebut.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah juga diucapkan kepada kontraktor-kontraktor utama iaitu,
• NAN PANCUR EMAS ENTERPRISE
(SMK MEGAT DEWA)
• KEJURUTERAAN ELEKTROJAYA
(SK BANDAR BARU DARULAMAN)
• KOPERASI KOMUNITI ISLAM BANDAR LAGUNA MERBOK BERHAD
(SMK GULAU)
• SERI CEMARA SDN BHD
(SK SUNGAI KARANGAN)
• MAROSH TERAJU ENTERPRISE
(SK SUNGAI LAYAR)
Yang telah berhempas pulas menyiapkan projek ini setelah menempuh laluan penuh liku dan onak duri.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pasukan JKR iaitu HOPT Cawangan Kerja Pendidikan JKR Malaysia, Cawangan Kerja Pendidikan Zon Utara, HOPT Negeri iaitu Bahagian Bangunan JKR Kedah, HODT Projek iaitu Bahagian Arkitek, Bahagian Rekabentuk Awam dan Struktur, Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan Negeri Kedah serta HODT Elektrik yang banyak membantu dalam menjayakan projek ini. Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada tonggak utama projek iaitu pasukan penyeliaan projek yang diketuai oleh Jurutera-jurutera Daerah selaku Pegawai Penguasa serta seluruh ahli pasukan yang gigih dan setia menjayakan projek ini sehinggalah berjaya diserahkan kepada pihak pelanggan.