LAWATAN RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA MALAYSIA (SEKTOR BANGUNAN)

Lawatan Rasmi Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (Sektor Bangunan) Ybhg. Dato’ Ir. Ibrahim Bin Desa bersama Pegawai Pengurusan dan Profesional JKR Negeri Kedah.
Program Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (Sektor Bangunan) YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Desa bersama Pegawai – Pegawai Kanan JKR Negeri Kedah bertempat di Dewan Persidangan, Tingkat 12, Bangunan Sultan Abdul Halim, JKR Kedah.
Dalam program lawatan kerja tersebut, YBhg. Dato’ telah mengadakan majlis perjumpaan bersama Pegawai-Pegawai Kanan JKR Negeri Kedah, yang turut dihadiri oleh Pengarah JKR Negeri Kedah, Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, serta Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan dan Jurutera-Jurutera Daerah serta Jurutera-Jurutera Bangunan JKR Kedah.
Program ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian maklumat dan hala tuju jabatan, malah berfungsi sebagai medium komunikasi strategik bagi memastikan setiap projek mencapai matlamat kualiti, kos dan masa yang ditetapkan.
Program ini juga pastinya menyuntik semangat baharu kepada warga JKR Kedah dalam memperkasa perkhidmatan projek pembangunan di bawah naungan JKR Malaysia. Ia turut memberi inspirasi kepada semua lapisan warga jabatan untuk terus berinovasi, mengekalkan integriti serta mempertingkat mutu perkhidmatan pengurusan projek pembangunan kepada rakyat.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Desa , Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) JKR Malaysia atas kesudian meluangkan masa bersama warga kerja JKR Negeri Kedah.