PASUKAN PROJEK PERSEKUTUAN NEGERI KEDAH (PPPN)



Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia.
Acara ini menandakan satu lagi kejayaan dalam usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkukuh prasarana pendidikan demi menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan berkualiti kepada para pelajar.
Sebagai agensi pelaksana projek, Pasukan Projek Persekutuan Negeri (PPPN), JKR Kedah berperanan memastikan pelaksanaan kerja pembinaan berjalan lancar dan siap mengikut tempoh serta spesifikasi yang ditetapkan. Kejayaan ini turut didokong oleh komitmen padu kontraktor utama, UCM Construction Sdn. Bhd., serta kerjasama erat semua pihak yang terlibat sepanjang tempoh pelaksanaan projek.
Turut memeriahkan majlis ialah barisan kepimpinan utama KPM dan tetamu kehormat:







Kehadiran mereka menyerikan lagi majlis yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada JPN Kedah, PPD Kuala Muda Yan, para pengetua serta warga pendidik dari sekolah sekitar.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak atas dedikasi dan kerjasama yang menjayakan pembinaan serta penyerahan projek ini. 

Semoga SMK Bandar Baru Sungai Lalang menjadi mercu tanda kecemerlangan pendidikan di Kedah!
Pautan video: https://www.youtube.com/watch?v=snWxGaJZ3Hw
