Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2025 peringkat Negeri Kedah telah berlangsung dengan penuh semangat dan kesyukuran sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga profesion teknikal yang menjadi nadi kepada pembangunan dan transformasi negara.
Petang tadi telah berlangsung Majlis perasmian disempurnakan oleh Yaang Berbahagia Dato’ Haji Mohammad Yusoff @ Munir bin Haji Zakaria, DSSS., SSS., AMK., BKM., Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah sambil diiringi Ybrs. Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kedah serta Pegawai-pegawai JKR Negeri Kedah.
Sambutan pada tahun ini bertemakan “Mengorak Inovasi Masa Depan; Demi Kemanusiaan”, yang membawa mesej agar segala bentuk inovasi dan kemajuan teknologi yang diusahakan bukan semata-mata untuk mengejar kemodenan, tetapi berteraskan nilai-nilai kemanusiaan, kesejahteraan rakyat, keadilan sosial serta kelestarian alam sekitar — seiring dengan aspirasi Malaysia Madani.
Majlis ini turut melibatkan penyertaan gerai pameran daripada jabatan dan agensi teknikal, penyertaan peserta dri institusi pengajian tinggi serta pelajar sekolah.


















