LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (PAKAR) KE PROJEK-PROJEK DI JKR KEDAH

 

Daerah Kuala Muda , 26 Oktober 2025 –
YBhg. Dato Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim mengadakan lawatan kerja ke Projek Menaik Taraf Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah dan Menyiapkan Baki Kerja Pembinaan Sebuah Dewan Serbaguna Di Intan Wilayah Utara (Intura) Kedah dalam daerah Kuala Muda Kedah.
Ketibaan YBhg. Dato Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim bersama Pegawai – Pegawai Kanan dari Kementerian Kerja Raya disambut oleh Pegawai – Pegawai Kanan JKR Kedah . Selepas itu, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya telah diberikan taklimat keselamatan dan taklimat berkenaan projek tersebut dan projek-projek dibawah seliaan JKR Daerah Kuala Muda dan Pasukan Projek Negeri Kedah.
Beliau seterusnya berkesempatan mendengar sesi taklimat tentang progres kemajuan semasa dan masalah berbangkit seperti pengambilan tanah dan lain-lain isu juga di semua projek yang terlibat .
Semua Projek ini diselia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana dengan pengawasan rapi oleh Pasukan Projek JKR Daerah Kuala Muda dan Pasukan Projek Negeri Kedah.
Projek ini juga akan memberi nilai tambah terbaru dalam logistik di Negeri Kedah.
Projek ini bakal menjadi pemangkin kepada peningkatan penggunaan Pusat Latihan Wilayah Utara iaitu INTURA dan Projek RSK Bedong akan memberi tambahan kepada penjagaan yang lebih baik kepada warga emas dimasa akan datang . JKR sentiasa komited memastikan kerja-kerja pembinaan dilaksanakan mengikut perancangan, kualiti dan spesifikasi yang telah ditetapkan.
Pelbagai perbincangan yang menyeluruh dari segenap aspek telah dibincangkan bersama agar memastikan prasarana dan infrastruktur di JKR Kedah adalah yang terbaik dengan meminimunkan kos projek agar dapat disiapkan lebih awal dari jadual untuk untuk dimanfaatkan oleh seluruh penduduk di Negeri Kedah.