8 November 2025 – Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Infrastruktur Sistem Mekanikal, Elektrikal Serta Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Dewan Kuliah Gugusan (DKG) 1,2 & 3 Di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah.
Penyerahan telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah JKR Negeri Kedah, Ir. Mohd Fisal bin Ismail kepada pihak pelanggan, Naib Canselor, Universiti Utara Malaysia,Kedah, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan. Turut bersama mengiringi majlis ini ialah Prof. Dr. Ram Al Jaffri Bin Saad , Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) , UUM, Ir. Hamdan Bin Noh, Pengarah Jabatan Pembangunan & Pengurusan Infrastruktur (JPPI) ,UUM, Dato’ Ir. Ismail bin Hashim, Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia, Ir. Amalina Binti Taib, Ketua Jurutera Elektrik Negeri, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Kedah.
Terima kasih kepada semua pasukan projek yang terdiri daripada pihak Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Negeri Kedah, wakil-wakil Pegawai Penguasa JKR Negeri Kedah, Head Of Project Team(HOPT) dan Head of Design Team, JKR Malaysia dan Universiti Utara Malaysia, Kedah dan pihak Kontraktor Utama iaitu Tunjang Delima Sdn Bhd serta wakil daripada pihak Sub Kontraktor
Tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor utama Tunjang Delima Sdn Bhd dan pihak Sub Kontraktor bersama-sama pasukan projek JKR di atas kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan pelaksanaan projek ini.
Projek ini juga telah berjaya disiapkan mengikut KPI serahan 6 dalam i iaitu:
1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC),
2. Penyata Akaun Muktamad (SoFA),
3. Penyiapan Lukisan Siap Bina,
4. Sifar kecederaan Loss Time Injury (LTI) sepanjang pelaksanaan projek.
5. Coffee Table Book
6. Mencapai Kepuasan Pelanggan
Ucapan penghargaan ini juga dirakamkan buat semua yang hadir dalam menjayakan majlis ini.









