19 November 2025| Rabu
Pengarah Jabatan Kerja Raya Kedah, Tuan Ir. Mohd Fisal bin Ismail telah hadir ke MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA TERBUKA BERBUMBUNG FASA 2 NEGERI KEDAH yang telah diadakan di SK Taman Rakyat dengan diiringi oleh Pn Noor Hasmida Binti Din, Jurutera Awam Kanan, Bhgn Pejabat Negeri 3, Zon Utara, Caw Kerja Pendidikan, Ts. Nur Dina binti Ramli, Jurutera Awam, Bahagian Bangunan mewakili pihak HOPT JKR Negeri Kedah, tuan rumah bersama iaitu Yang Berusaha Tuan Jurutera Daerah Kota Setar, Ir. Isnil Badril Bin Ismail, Puan Jurutera Daerah Pendang, Ir. Khadijah Binti Abdul Razak dan Tuan Jurutera Daerah Langkawi, Ir. Ts. Khairul Azlan Bin Abdullah.
Majlis Ini Turut Disempurnakan Dengan Kehadiran Yang Berbahagia Puan Mazna Binti Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JPN Negeri Kedah.
Majlis Penyerahan Projek Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung, Fasa 2 ini melibatkan;
● DSTB SK TAMAN RAKYAT
● DSTB SMK SYED IBRAHIM
● DSTB SK TAMAN UDA
● DSTB SK CONVENT
● DSTB SK SERI NEGERI
Projek ini merupakan projek utama yang dapat membantu Kerajaan Melalui KPM dalam menambahbaik kemudahan sekolah terutama dalam menyediakan ruang perhimpunan yang lebih selesa, kondusif, selamat dan lengkap untuk murid-murid dan guru-guru. Disamping dapat menyediakan tempat yang lebih selesa bagi menghimpun warga sekolah dalam menjalankan pelbagai aktiviti di luar bilik darjah serta dapat dijadikan sebagai pusat perlindungan sementara mangsa banjir bagi yang terlibat dengan bencana alam tersebut.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah juga diucapkan kepada kontraktor-kontraktor utama iaitu,
● KONTRAKTOR: RAZTEL SDN BHD (DSTB SK TAMAN RAKYAT)
● KONTRAKTOR: MII PRO GLOBAL BUSINESS (DSTB SMK SYED IBRAHIM)
● KONTRAKTOR: WARNA DINAMIK SDN BHD (DSTB SK TAMAN UDA)
● KONTRAKTOR: MNBA GLOBAL RESOURCE(M) SDN BHD (DSTB SK CONVENT)
● KONTRAKTOR: ZAHARUL EZRI ENTERPRISE(DSTB SK SERI NEGERI)
Yang telah berhempas pulas menyiapkan projek ini setelah menempuh laluan penuh liku dan onak duri.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pasukan JKR iaitu HOPT Cawangan Kerja Pendidikan JKR Malaysia, Cawangan Kerja Pendidikan Zon Utara, HOPT Negeri iaitu Bahagian Bangunan JKR Kedah, HODT Projek iaitu Bahagian Arkitek, Bahagian Rekabentuk Awam dan Struktur, Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan Negeri Kedah serta HODT Elektrik yang banyak membantu dalam menjayakan projek ini. Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada tonggak utama projek iaitu pasukan penyeliaan projek yang diketuai oleh Jurutera-jurutera Daerah selaku Pegawai Penguasa serta seluruh ahli pasukan yang gigih dan setia menjayakan projek ini sehinggalah berjaya diserahkan kepada pihak pelanggan.











