MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN RUMAH KAKITANGAN (RKT) DI PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN (PPK) LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN

       

𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐇: 𝟏𝟕.𝟏𝟐.𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐈 𝐑𝐀𝐁𝐔
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐒𝐈𝐀𝐏 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐈𝐀𝐏𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 (𝐑𝐊𝐓) 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 (𝐏𝐏𝐊) 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍
Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Cadangan Membina dan Menyiapkan Rumah Kakitangan (RKT) di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Langkawi, Kedah Darul Aman oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia selaku pemilik projek telah berlangsung telah diadakan pada Selasa, 16 Disember 2025.
Penyerahan projek disempurnakan menerusi upacara simbolik penyerahan replika kunci oleh Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah, kepada Yang Berbahagia Dato’ Wira Haji Mahfuz bin Omar, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Penyerahan projek ini telah disaksikan Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah JKR Langkawi selaku Pegawai Penguasa projek, Tuan Zaipudin bin Mohammad, Pengarah Bahagian Pemodenan dan Khidmat Sokongan Industri (LPP), Puan Nor Rahila Binti Mohd Yusof, Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Kedah dan Tuan. Mohd Aizat Bin Rostam, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang (Kawasan) Langkawi.
Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan projek atas kejayaan menyiapkan projek ini mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kontraktor utama bagi projek ini ialah Fauna Impian Sdn. Bhd. dengan kos kontrak sebanyak RM4,323,322.71.
Projek ini telah diberikan Tarikh Milik Tapak (TMT) pada 08 November 2023 dan berjaya disiapkan sepenuhnya dan diberikan Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 17 September 2025 (SIAP MENGIKUT JADUAL).
Projek ini telah dilaksanakan secara Kaedah Konvensional Dalaman, di mana kerja-kerja reka bentuk dilaksanakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya melibatkan kepakaran Arkitek dan Jurutera. Manakala pengurusan tadbir urus kontrak pula dilaksanakan oleh Pejabat JKR Daerah Langkawi yang diketuai oleh Jurutera Daerah JKR Langkawi selaku Pegawai Penguasa.
Skop pelaksanaan projek ini merangkumi beberapa komponen utama, iaitu:
i. Kerja-kerja Cerucuk (Piling Works);
ii. Kerja-kerja Bangunan (Building Works) yang merangkumi:
• Kuarters Kelas F Berkembar;
• Kuarters Kelas F Pangsa;
• Bangunan Sokongan (Ancillary Building);
iii. Kerja-kerja Perobohan (Demolition Works);
iv. Kerja-kerja Luaran (External Works);
v. Peruntukan Kos Prima (Prime Cost Sum); dan
vi. Peruntukan Sementara (Provisional Sum).
Projek ini bukan sahaja menepati dan memenuhi KPI JKR Malaysia dalam pencapaian 3 dalam 1 malahan telah Berjaya melangkaui KPI JKR Malaysia dengan memberi nilai tambahan 10 dalam 1 merangkumi kriteria berikut :
1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) telah diperakukan pada 17 September 2025;
2. Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
3. Penyiapan Lukisan Siap Bina (As Built Drawing);
4. Penjimatan kos sebanyak RM 179,909.79 dari kos kontrak asal;
5. Penyiapan Operation & Maintenance (O&M) Manual;
6. Pendaftaran Aset Tak Alih dan Inventori;
7. Zero Major Defects;
8. Zero Lost Time Injuries (LTI);
9. Penyediaan Coffee Table Book;
10.Mencapai Kepuasan Pelanggan;
Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada kontraktor utama syarikat Fauna Impian Sdn Bhd termasuk juga Kontraktor NSC yang terlibat iaitu Tenaga Abadi Electrical Sdn. Bhd. (NSC Elektrikal) & Perdana Waja Enterprise (NSC Mekanikal), seluruh pasukan projek JKR serta semua pihak yang terlibat bermula dari peringkat perancangan sehingga ke peringkat penyerahan projek atas komitmen dan kerjasama cemerlang dalam menjayakan projek ini.
Sumber: Fb JKR Daerah Langkawi