HEBAHAN PENUTUPAN JALAN DISEBABKAN KERJA-KERJA KECEMASAN MENYENGGARA PEMBENTUNG, TEBING RUNTUH, SISTEM SALIRAN DAN BAHU JALAN (KM 7.0) LALUAN KG HANGUS/ KG BUKIT HIJAU/ KG DARA) (K713) SERTA KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITAN DENGANNYA DI DAERAH BALING, KEDAH DARULAMAN

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐁𝐀𝐁𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆, 𝐓𝐄𝐁𝐈𝐍𝐆 𝐑𝐔𝐍𝐓𝐔𝐇, 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐒𝐀𝐋𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐔 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 (𝐊𝐌 𝟕.𝟎) 𝐋𝐀𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐆 𝐇𝐀𝐍𝐆𝐔𝐒/ 𝐊𝐆 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐇𝐈𝐉𝐀𝐔/ 𝐊𝐆 𝐃𝐀𝐑𝐀 ) (𝐊𝟕𝟏𝟑) 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐋𝐀𝐈𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍.
Dimaklumkan bahawa terdapat Kerja Menyenggara Pembentung, Tebing Runtuh, Sistem Saliran Dan Bahu Jalan serta kerja-kerja lain yang berkaitan dengannya Di Bukit Hijau (K713) dan pembaikan akan di lakukan bermula Disember 2025 sehingga Februari 2026. Penutupan jalan sepenuhnya bagi semua kenderaan bermula 29 Disember 2025 sehingga 26 Januari 2026.
Berikut adalah Laluan alternative yang boleh digunakan bagi kenderaan yang ingin menghala ke kawasan berkenaan seperti
1) Jalan Alternatif 1 : JALAN KG KELEDANG/SG TAWAR ESTATE (K714)
Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan ini, dan patuhi semua papan tanda keselamatan yang disediakan. Pihak JKR tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kecederaan ,kerosakan dan kemalangan kepada pengguna jalanraya yang cuba melalui/memasuki kawasan pembinaan sepanjang tempoh ini.
SEBARANG KESULITAN AMAT DIKESALI
ARAHAN
JURUTERA DAERAH
JABATAN KERJA RAYA (JKR)
JKR (D) BALING