NOTIS PEMBERITAHUAN PENUTUPAN JALAN BAGI PROJEK MENAIKTARAF LALUAN 7 DARI PERSIMPANGAN LENCONGAN BARAT KE PERSIMPANGAN TIGA KEMBOJA KEDAH

NOTIS PEMBERITAHUAN PENUTUPAN JALAN BAGI PROJEK MENAIKTARAF LALUAN 7 DARI PERSIMPANGAN LENCONGAN BARAT KE PERSIMPANGAN TIGA KEMBOJA KEDAH.
Makluman Penutupan Sepenuhnya Seksyen 6.00 Sehingga Seksyen 13.40 Secara Berperingkat Dari Arah Kangar ke Alor Setar Dan Sebahagian Laluan FT007 Jalan Kangar-Alor Setar Secara “Stop And Go” Bermula 05hb Januari 2026 (Isnin) Sehingga 11hb May 2026 (Isnin) Bagi Memberi Laluan Kepada Kerja “Partial Reconstruction” Di Tapak Projek Tersebut.
Selain Itu, Lencongan Trafik Akan Turut Disediakan Laluan Alternatif Dari Arah Kangar Ke Alor Setar Boleh Melalui Jalan Alor Janggus (K363)-Jalan Gunung Keriang (K2)-Jalan Sungai Baru (K141) Seterusnya Ke Persimpangan Kuala Sungai Dan Masuk Semula Ke Laluan FT 007 Alor Setar -Kangar Dan Seterusnya.
Pemasangan Papantanda Keselamatan, Papantanda Arah Akan Di Laksanakan Di Sepanjang Laluan Alternatif Tersebut. Manakala Laluan Sekitar Yang Menghubungkan Simpang Utama Ke Kawasan Penduduk Sekitar Di Buka Kepada Lalulintas.
(Rujuk Gambarajah Yang Di Sertakan).
Projek Ini Adalah Di Bawah Seliaan Projek Khas Dan Bukan Projek Seliaan JKR Daerah Kota Setar.