MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN MENAIKTARAF DEWAN AZ ZAHRA DAN PEJABAT PENTADBIRAN MASJID ZAHIR ERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN

 

π“π€π‘πˆπŠπ‡: 11.1.26 | AHAD
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN MENAIKTARAF DEWAN AZ ZAHRA DAN PEJABAT PENTADBIRAN MASJID ZAHIR ERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN.
Majlis penyerahan projek siap bagi Kerja-Kerja Pembaikan Dan Menaiktaraf Dewan Az Zahra Dan Pejabat Pentadbiran Masjid Zahir Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Dr. Haji Abd Ghani @ Zulkifli Bin Zainuddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Ismi Anuar Bin Abd Halim, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, En Zainul Jamal Bin Abdul Ghani , Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau & Tuan Syeikh Mihd Naim Bin Haji Ahmad, Imam Besar Masjid Zahir serta Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Tuan Ir. Mohd Fisal bin Ismail. Terima kasih diucapkkan Kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah kerana memberi kepercayaan kepada pihak Jabatan Kerja Raya untuk melaksanakan projek ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutama sekali Bahagian Arkitek, Jkr Elektrik Dan Jkr Mekanikal Yang Telah Melaksanakan Projek Ini Sehingga Siap.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada kontraktor yang terlibat iaitu QIRFAN RESOURCES kerana memberikan kerjasama yang baik dalam melaksanakan projek ini sehingga siap awal iaitu pada 15 Disember 2025 walaupun tempoh tamat kontrak/ tarikh siap semasanya adalah 09 Januari 2026 (awal 24 hari). Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau semua pihak yang terlibat secara tidak lansung dalam menjayakan projek ini.
Bangunan Az Zahra ini terdiri dari dua (2) blok iaitu Dewan Az Zahra dan Blok Mahkamah Syariah yang telah lama ditinggalkan . Dewan Az Zahra sediada terdiri daripada sebuah bilik mesyuarat dan beberapa bilik lain kepunyaan masjid pihak masjid.
Dengan peruntukan yang ada, kerja-kerja pembaikan dan menaiktaraf di blok mahkamah syariah lama (kini menjadi blok pejabat pentadbiran Masjid Zahir yang baru) ini dapat dilaksanakan.
Blok pejabat ini terdiri dari Bilik Imam Besar, Bilik Mesyuarat Utama yang boleh menampung seramai 11 orang, Bilik Pegawai, Pantry, Bilik Fail, Setor, Ruang Kerja Berkelompok Disamping Dilengkapi Dengan Keperluan Asas Pejabat. Pejabat Ini Juga Boleh Memuatkan Seramai 18 Orang Kakitangan.
Tahniah sekali lagi kepada pihak kontraktor dan Pasukan Projek JKR Kedah kerana telah berjaya menyiapkan projek yang sangat cantik dan tersegam indah disisi Masjid Zahir kepada pelangan kita iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.