MAJLIS PENYERAHAN JENTERA BERAT (JENGKAUT) BAKAL PERKUKUH KEUPAYAAN JKR DAERAH

MAJLIS PENYERAHAN JENTERA BERAT (JENGKAUT) BAKAL PERKUKUH KEUPAYAAN JKR DAERAH.
Majlis Penyerahan Aset Alih Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Tahun 2026 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Wira Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah yang telah berlangsung bertempat di Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR Negeri Kedah.
JKR Daerah Kota Setar juga antara salah satu dari Jabatan yang menerima sebuah jengkaut yang pembeliannya adalah melalui Kerajaan Negeri Kedah yang diterima oleh Ketua Jabatan selaku Tuan Jurutera Daerah JKR Daerah Kota Setar Ir. Isnil Badril bin Ismail. Jentera ini pastinya akan mengukuhkan keupayaan operasi dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan JKR Daerah di lapangan.
Jengkaut ini akan digunakan untuk:
1) Kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan jalan seperti mengangkut bahan binaan jalan, membaiki bahu jalan dan sebagainya.
2) Kerja-kerja mengangkut dahan dan pokok yang tumbang semasa kecemasan dan senggaraan.
3) Tindakan segera dalam situasi kecemasan keselamatan jalan raya
Dengan penerimaan aset baharu ini, JKR Daerah menzahirkan komitmen untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik, responsif dan berkesan demi keselamatan serta kemudahan pengguna jalan raya di daerah Kota Setar.
Semoga penambahan aset ini memperkasa JKR Daerah dalam mendepani cabaran penyenggaraan infrastruktur dan memastikan rakyat menerima perkhidmatan yang berkualiti serta selamat. Turut hadir Tuan Pengarah JKR Kedah Ir. Mohd. Fisal bin Ismail, Jurutera Awam Penguasa Jalan Kedah Ir. Mohamad Yusri bin Hamid dan Jurutera Kanan JKR Mekanikal Negeri Kedah En. Mohd. Faizul bin Mahdzan.
Terima Kasih Kerajaan Negeri Kedah.