MAJLIS PENYERAHAN PROJEK ANIK TARAF OBSERVATION NEGARA LANGKAWI (ONL), AGENSI ANGKASA MALAYSIA (MYSA), KEDAH DARUL AMAN

Β Β 

π“π€π‘πˆπŠπ‡: πŸπŸ’.𝟎𝟏.πŸπŸŽπŸπŸ” 𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀
πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ€πˆπŠ 𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 πŽππ’π„π‘π•π€π“πŽπ‘πˆ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ (πŽππ‹), π€π†π„ππ’πˆ π€ππ†πŠπ€π’π€ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (πŒπ˜π’π€), πŠπ„πƒπ€π‡ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π€πŒπ€π.
Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kedah Darul Aman telah berlangsung pada Selasa, 13 Januari 2026.
Projek ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah dan diserahkan kepada Observatori Negara Langkawi (ONL), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) selaku pemilik projek.
Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah kepada Dato’ Gs. Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), serta disaksikan oleh Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah JKR Langkawi.
Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan projek atas kejayaan menyiapkan projek ini mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis penyerahan projek ini yang telah berlangsung dengan lancar.
Penyerahan projek ini diharapkan dapat memberikan kemudahan dan keselesaan, serta mewujudkan suasana yang lebih kondusif kepada para pengguna Observatori Negara Langkawi (ONL).