𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐇: 𝟏𝟔.𝟎𝟐.𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐈 𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐔𝐁𝐀𝐇 𝐒𝐔𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 (𝐏𝐊𝐌𝐃) 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍
𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐋𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐒𝐈𝐀𝐏 𝐀𝐇𝐄𝐀𝐃 𝐎𝐅 𝐓𝐈𝐌𝐄 (𝐀𝐎𝐓)
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Ubah Suai Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Langkawi, Kedah pada 15 Februari 2026.
Projek ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah dan diserahkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selaku pemilik projek.
Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Hadir bersama, Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri, En. Zakaria bin Taib, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah dan Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Langkawi dan En Zakaria bin Taib, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah.
Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan projek atas kejayaan menyiapkan projek ini mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam memastikan majlis penyerahan projek ini berlangsung dengan lancar.
Projek ini telah dilaksanakan oleh Ambang Usaha Enterprise dengan kos kontrak sebanyak RM2,656,560.00. Milikan tapak telah diberikan pada 20 Julai 2025, manakala projek telah siap sepenuhnya pada 20 Januari 2026, iaitu 12 hari lebih awal daripada tarikh siap asal kontrak pada 1 Februari 2026.
Projek ini dilaksanakan secara Kaedah Konvensional Dalaman, di mana proses reka bentuk, tadbir urus kontrak dan pemantauan kerja telah dilaksanakan sepenuhnya oleh pasukan Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah yang diketuai oleh Jurutera Daerah JKR Langkawi selaku Pegawai Penguasa.
Antara skop dan komponen utama projek adalah seperti berikut:
i) Kerja Awalan (Preliminaries & General Conditions)
ii) Kerja Bangunan (Building Works)
a) Kerja Bumbung
b) Lantai dan Kemasan Lantai
c) Dinding dan Kemasan Dinding
d) Pintu
e) Tingkap
f) Siling
g) Lekapan Sanitari
h) Sistem Perpaipan Air / Tangki
i) Perabot Built-In
iii) Kerja Luaran (External Works)
a) Apron
b) Ramp
c) Grating
d) Hand Railing
iv) Wang Kos Prima (Prime Cost Sum)
a) Kerja Elektrik
b) Kerja Mekanikal
v) Wang Peruntukan Sementara (Provisional Sum)
a) Signage
b) Pembaikan Am
Penyerahan projek ini bukan sahaja memenuhi KPI Jabatan Kerja Raya Malaysia melalui pencapaian 3 dalam 1, malah telah berjaya melangkaui sasaran tersebut dengan pencapaian 7 dalam 1, merangkumi:
1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
2. Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
3. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing)
4. Operation & Maintenance Manuals (O&M)
5. Zero Major Defects
6. Zero Lost Time Injuries (LTI)
7. Projek Siap Lebih Awal dari Jadual
Penyerahan projek secara 7 dalam 1 bukanlah suatu perkara mudah kerana ia menuntut komitmen, koordinasi serta kerjasama yang tinggi daripada semua pihak. Namun demikian, kejayaan projek ini telah membuktikan bahawa sasaran tersebut mampu dicapai.
Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Ambang Usaha Enterprise, serta Kontraktor NSC yang terlibat iaitu Tenaga Abadi Elektrikal Sdn. Bhd. (NSC Elektrik) dan Anggerik Zufi Trading (NSC Mekanikal) atas kejayaan menyiapkan projek ini dengan kualiti kerja yang baik.














