16 Februari 2025 | MAJLIS PENYERAHAN PROJEK
Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf, Ubahsuai Dalaman dan Kerja-Kerja Berkaitan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Wisma Negeri, Alor Setar (Fasa 4) telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Gerakan, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah JKR Kedah, Ir. Mohd Fisal bin Ismail bersama Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Dato’ Haji Mohamad Arof bin Darus serta disaksikan oleh Jurutera Daerah Kota Setar, Ir. Isnil Badril bin Ismail, Kontraktor terlibat.
Projek yang dilaksanakan secara tender ini diselia oleh Bahagian Bangunan JKR Daerah Kota Setar bagi memastikan pelaksanaan kerja mencapai tahap kualiti terbaik. Skop utama projek melibatkan kerja-kerja menaiktaraf blok pejabat serta ubah suai ruang pejabat sedia ada.
Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek ini berjaya disiapkan dengan lancar.






