Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera,
16 Februari 2026.
JKR Negeri Kedah mengucapkan tahniah di atas Majlis Penyerahan Projek Siap Kepada Pihak Pelanggan oleh JKR Daerah Kubang Pasu yang telah berlangsung hari ini, 16 Februari 2026.
Semoga Projek Menyiapkan Baki Kerja Bagi Projek Universiti Utara Malaysia (UUM) – Pembinaan Tambahan Bangunan Pusat Computer UUM ini akan memberi manafaat Kepada semua warga UUM.
Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh YBrs. Dato’ Ir. Dr. Balamurugan A/L A.Gopal (Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan) bersama YBrs. Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed (Naib Canselor UUM)
Majlis turut dihadiri oleh Pengarah JKR Negeri Kedah, Wakil Bahagian Pembangunan KPT, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah Dan Jurutera JKR Daerah Kubang Pasu.
_Sistem terhubung tanpa batasan,
Inovasi ICT memacu visi;
Bangunan siap jadi kebanggaan,
Diserah rasmi penuh dedikasi._













