MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MENYIAPKAN BAKI KERJA PEMBINAAN BANGUNAN PENYIARAN RTM LANGKAWI

π“π€π‘πˆπŠπ‡: πŸπŸ‘.𝟎𝟐.πŸπŸŽπŸπŸ” 𝐈 πˆπ’ππˆπ
πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π ππ‘πŽπ‰π„πŠ πŒπ„ππ˜πˆπ€ππŠπ€π ππ€πŠπˆ πŠπ„π‘π‰π€ ππ„πŒππˆππ€π€π 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 ππ„ππ˜πˆπ€π‘π€π π‘π“πŒ π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Menyiapkan Baki Kerja Pembinaan Bangunan Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Langkawi pada 22 Februari 2026, bertempat di Bangunan Penyiaran RTM Langkawi.
Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Yang Berusaha Encik Ismail Bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Penyiaran) RTM, Yang Berusaha Puan Maizatusima Binti Judi, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Komunikasi Malaysia, serta Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah JKR Langkawi.
Penyerahan projek ini menandakan satu lagi pencapaian membanggakan JKR dengan siapnya bangunan penyiaran RTM yang moden dan tersergam indah di Mukim Kuah, Langkawi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Komunikasi Malaysia atas kepercayaan yang diberikan kepada JKR dalam merealisasikan projek ini.
Bagi menyiapkan baki kerja, JKR telah melantik kontraktor penyiap, Maju Merge Resources Sdn. Bhd. dengan kos projek sebanyak RM11,454,560.50. Tarikh milik tapak bermula pada 2 Oktober 2023 dan projek telah diperaku siap pada 27 November 2025, siap mengikut jadual.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Maju Merge Resources Sdn. Bhd. atas dedikasi, komitmen dan keupayaan menyiapkan baki kerja projek ini dengan kualiti yang ditetapkan, sekali gus membuktikan kecemerlangan sebagai Kontraktor Penyiap.
Sebagai sebahagian daripada usaha JKR dalam menyampaikan produk akhir yang berkualiti kepada pelanggan, projek ini berjaya disiapkan secara β€œ10 dalam 1”, merangkumi:
i. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
ii. Lukisan Siap Bina (As-Built Drawing)
iii. Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
iv. Operation & Maintenance (O&M) Manual
v. Pendaftaran Aset Tak Alih & Inventori
vi. Skor IBS melebihi 70%
vii. Zero Major Defects
viii. Zero Lost Time Injuries (LTI)
ix. Coffee Table Book
x. Mencapai Kepuasan Pelanggan
Projek ini melibatkan pembinaan bangunan penyiaran baharu di lot tanah sedia ada, merangkumi kemudahan ruang pentadbiran, penerbitan, studio serta utiliti teknikal.
Dengan penyerahan projek ini, diharapkan kemudahan baharu ini dapat meningkatkan keselesaan dan kecekapan warga RTM dalam menerbitkan siaran berkualiti, khususnya untuk para pendengar Langkawi FM.
Penghargaan turut dirakamkan kepada Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA1) selaku Pengurus Program, serta semua pihak HOPT, HODT dan pegawai JKR Langkawi yang telah memberikan komitmen dan kerjasama padu sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini.
Sumber: JKR Daerah Langkawi