MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PUSAT DARAH WILAYAH UTARA, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

5 MAC 2026 (KHAMIS)
Majlis Penyerahan Projek Pusat Darah Wilayah Utara, Sungai Petani, Kedah Darul Aman telah berlangsung dengan jayanya. Pada majlis tersebut Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, menyerahkan bangunan serta dokumen projek kepada Pengarah Pusat Darah Negara, Dr. Mohammad Masrin Bin Md. Zahrin bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Turut hadir bersama pada majlis ini ialah Dr. Siti Nadiah Binti Hj. Abdul Kadir, Ketua Kepakaran Perubatan Transfusi Negeri Kedah merangkap Ketua Core Team Projek PDWU, Ir. Ts. Dr. Jeffryl Azniel Bin Adzar, Jurutera Awam Penguasa Kanan Pasukan Projek Persekutuan Negeri Kedah, serta Ir. Hj. Idris Bin Mohamad Jais, Pengarah Urusan MEC Jati Consortium Sdn. Bhd.
Projek ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia secara reka dan bina dengan kos kontrak sebanyak RM49,866,232.00 dan tempoh pembinaan selama 54 bulan bermula 26 Ogos 2021.
Projek ini telah berjaya disiapkan pada 23 Februari 2026, iaitu 5 hari lebih awal daripada tarikh siap kontrak, hasil kerjasama erat pasukan projek, pihak kontraktor, perunding serta semua pihak yang terlibat.
Dengan siapnya projek ini, diharapkan kemudahan Pusat Darah Wilayah Utara ini akan dapat meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan pengurusan bekalan darah serta memberi manfaat besar kepada masyarakat khususnya di wilayah utara.