MAJLIS PENYERAHAN PROJEK LOJI RAWATAN AIR (LRA) LUBUK BUNTAR LAMA DAERAH BANDAR BAHARU, KEDAH

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK LOJI RAWATAN AIR (LRA) LUBUK BUNTAR LAMA DAERAH BANDAR BAHARU, KEDAH BERKAPASITI 34 MLD telah berlangsung dengan jayanya. Pada Majlis tersebut Pengarah JKR Negeri, Ir. Mohd Fisal Bin Ismail telah menyerahkan projek kepada Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Fauzi Bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) disaksikan oleh Menteri Besar Negeri Kedah YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md. Nor. Turut hadir Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali,Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Serta Yang BerhormatDato’ Haji Mohamad Yusoff @ Munir bin Zakaria ,Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air & Alam Sekitar Negeri Kedah. Projek ini dilaksanakan oleh JKR Negeri Kedah secara konvensional perunding dengan kos kontrak sebanyak RM 51.9 juta dan tempoh pembinaan adalah selama 54 bulan bermula dari 2 Mei 2021. Projek ini telah disiapkan pada 8 Januari 2026, hasil kerjasama erat Pasukan Projek Air Negeri Kedah (PPAK), pihak kontraktor, perunding, serta semua pihak yang terlibat. Dengan siapnya projek ini, diharapkan sumber bekalan air meningkat dan memberi manfaat sebanyak 12,359 akaun khususnya di kawasan Bandar Baharu dan sebahagian Kulim bagi menampung keperluan air sehingga 2040.