LAWATAN KPKR DAN TKPKR (BANGUNAN) KE TAPAK PROJEK PEMBINAAN MAHKAMAH BAHARU SIK

YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah Kerja Raya dan YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) telah hadir untuk Lawatan Kerja ke tapak Projek Pembinaan Mahkamah Baharu Sik, Kedah pada 29 Mac 2026 (Ahad), jam 2.30 petang di lokasi Tapak Projek. Lawatan berkenaan juga turut hadiri bersama Pengarah JKR Negeri Kedah Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, selaku Pegawai Penguasa, Ir Ts Dr Jeffryl Azniel Adzar dari Pasukan Projek Persekutuan Negeri (PPPN) Negeri Kedah selaku WPP Utama, Ar. Abd Shukor Ismail yang menjalankan tugas Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA1), WPP Mekanikal, Elektrikal, Arkitek dan Ukur Bahan, pihak Kontraktor BCI CAPITAL SDN. BHD, NSC, Jurutera-Jurutera Daerah, dan Pegawai Tapak Bina JKR.
Lawatan bertujuan bagi meninjau kemajuan projek Pembinaan Mahkamah Baharu Sik, Kedah bagi memastikan penyempurnaan projek selaras dengan keperluan fungsi dan piawaian yang ditetapkan.