
YB Datoโ Haji Mohamad Yusoff @ munir bin Haji Zakaria, DSSS., SSS., AMK., BKM., Exco Kerja Raya Negeri Kedah telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa projek di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Daerah Langkawi pada 29 September 2026.
Lawatan kerja tersebut melibatkan tiga (3) lokasi projek, iaitu:

๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐-๐๐ – ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐

๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐๐

๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau secara dekat status dan kemajuan pelaksanaan projek, selain mendapatkan penerangan berkaitan skop kerja serta perkembangan semasa projek-projek berkenaan.
Mengiringi lawatan tersebut ialah Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah JKR Langkawi, bersama pasukan projek JKR Langkawi.
Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi serta pihak-pihak berkaitan.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Kedah dan Jabatan Kerja Raya dalam memastikan setiap projek yang dilaksanakan dapat disiapkan dengan teratur, berkualiti serta memenuhi keperluan pengguna dan agensi berkaitan.

๐ฑ๐ฒ๐น ๐ณ๐จ๐ต๐ฎ๐ฒ๐จ๐พ๐ฐ- ๐ซ๐ฌ๐ณ๐ฐ๐ฝ๐ฌ๐น๐ ๐ฐ๐บ ๐ถ๐ผ๐น ๐ท๐น๐ฐ๐ถ๐น๐ฐ๐ป๐
