ππππππ ππππππππππ ππππππ ππππππππππππ ππππππππ ππππππ πππππ ππ π.π πππππ ππππππ ππππππ / πππππ ππππππππ (ππππ) ππππππ πππππ ππππ πππππ πππππ ππππ.
06 Oktober 2026 (Selasa)
Projek menggantikan jambatan ini telah siap sepenuhnya dan telah dikeluarkan Perakuan Siap Kerja pada 24 September 2026 serta telah digunapakai oleh pengguna setempat. Majlis Penyerahan Projek ini telah berlangsung dengan jayanya pada 06 Oktober 2026 yang telah disempurnakan dengan kehadiran YB Datoβ Mohamad Yusoff @ Munir B. Haji Zakaria Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, Kerajaan Negeri Kedah dan disaksikan Y.Berbahagia Datoβ Haji Mohd Fauzi Bin Mustaffa Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah selaku pelanggan projek. Majlis turut dihadiri wakil Pegawai Kewangan Negeri Kedah, wakil-wakil agensi Pejabat Berkuasa Tempatan serta pihak utiliti tempatan.
Bagi pelaksana projek, turut hadir di majlis ini adalah Tn. Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, Pengarah JKR Kedah selaku Pegawai Penguasa projek, Tn. Ir. Mohd Fairoze Mazly Bin Zulkifli selaku Wakil Penguasa Utama, Wakil-wakil pegawai Penguasa, Pengurusan Tertinggi JKR Negeri Kedah, Kontraktor Utama dan Subkontraktor Dinamakan.
Penyerahan projek ini merupakan satu pencapaian penting hasil kerjasama dan komitmen berterusan antara Kerajaan Negeri Kedah dan Jabatan Kerja Raya dalam memastikan penyediaan kemudahan infrastruktur yang berkualiti, selesa dan memenuhi keperluan masyarakat serta sosial ekonomi setempat.
Projek Menggantikan Jambatan Sungai Getah KM 1.5 Jalan Sungai Lalang / Bukit Selambau (K152) ini melibatkan Membina Satu Jambatan baru standard R5 (2 lorong 2 hala) anggaran : 20m Panjang dan 17m Lebar). Komponen projek melibatkan kerja-kerja :
Meroboh jambatan sediada dan menggantikan dengan jambatan baharu
Membina jalan tuju dianggarkan 100m setiap arah
Kerja – kerja Elektrik dan perabot jalan
Pengalihan utiliti
Membaikpulih jalan susur keluar masuk dan persimpangan
Pemasangan Lampu Jalan dan Lampu Isyarat
Dengan siapnya jambatan baharu yang lebih kukuh, moden, dan selamat ini, ia bakal memberikan impak transformatif yang besar kepada landskap sosioekonomi setempat dan ia merupakan salah satu bukti komitmen berterusan kerajaan negeri melalui JKR Kedah untuk menaik taraf rangkaian perhubungan darat. Sebelum inisiatif ini direalisasikan, laluan sedia ada menghadapi kekangan struktur yang ketara serta isu kapasiti trafik, terutamanya pada waktu puncak yang sering menyulitkan pergerakan harian penduduk
Pihak JKR Kedah khususnya dan JKR Kuala Muda amnya ingin menyeru kepada seluruh komuniti dan pengguna jalan raya agar bersama-sama memanfaatkan dan menjaga infrastruktur ini dengan penuh tanggungjawab. Pihak JKR Kedah akan terus komited memelihara aset ini agar fungsi dan jangka hayatnya kekal optimum untuk generasi akan datang. Semoga Jambatan Sungai Getah ini menjadi lambang kemakmuran, menyatukan komuniti, dan memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif untuk seluruh rakyat Kedah.









