๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐‰๐Š๐‘ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐€๐ƒ๐€๐๐† ๐“๐„๐‘๐€๐ / ๐๐Ž๐Š๐Ž๐Š ๐’๐„๐๐€

ย ย  ย 

๐Ÿ“ POKOK SENA | 22 OKTOBER 2026 ( KHAMIS )
Pembangunan infrastruktur negeri Kedah terus diperkasakan menerusi Majlis Penyerahan ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐ค ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐‰๐š๐ฅ๐š๐ง ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐๐ข ๐‰๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐ฎ๐ง ๐Ÿ“๐ŸŽ๐ŸŽ โ€“ ๐“๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐ง๐  โ€“ ๐๐ฎ๐ค๐ข๐ญ ๐’๐ž๐ค๐ž๐œ๐ก๐จ๐ง๐  (๐Š๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ—/๐Ÿ’/๐Ÿ), ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐๐จ๐ค๐จ๐ค ๐’๐ž๐ง๐š, ๐Š๐ž๐๐š๐ก, yang telah berlangsung di perkarangan Masjid Al Anwar, Kampung Tengah, Mukim Tualang.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datoโ€™ Haji Mohamad Yusoff bin Haji Zakaria, Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah JKR Kedah merangkap Pegawai Penguasa, Tuan Ir. Ts. Shamsul bin Abd Manaf, Jurutera Daerah JKR Padang Terap / Pokok Sena selaku Wakil Pegawai Penguasa, serta pegawai-pegawai JKR yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan projek ini.
Projek ini telah berjaya disiapkan 365 hari lebih awal daripada jadual asal, sekali gus mencerminkan pencapaian Ahead of Time (AOT) yang amat membanggakan. Kejayaan ini bukan sekadar memenuhi sasaran pelaksanaan, malah membuktikan keberkesanan perancangan strategik, pemantauan yang sistematik serta komitmen tinggi semua pihak dalam memastikan projek disiapkan dengan cekap, berkualiti dan menepati keperluan rakyat.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Datoโ€™ Romani bin Wan Salin ; Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Pinang, YBhg. Datoโ€™ Muhamad Mahazi bin Haji Ibrahim; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), YBrs. Encik Mohd. Zainul Fikri bin Datoโ€™ Haji Mat Noh; Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah), Pejabat Daerah Pokok Sena, serta Encik Abdul Ghaffur bin Aziz; Pengarah Urusan Dinamik Fhin Jaya Construction Sdn. Bhd., selaku kontraktor projek.
Pembinaan jalan baharu ini bagi menggantikan laluan asal yang mempunyai selekoh tajam dan berbahaya akan memberikan manfaat besar kepada masyarakat setempat melalui penyediaan kemudahan perhubungan yang lebih selamat, selesa dan lancar. Selain meningkatkan aksesibiliti penduduk serta memudahkan urusan dan pergerakan harian, kemudahan ini juga berpotensi merancakkan aktiviti ekonomi setempat, memperkukuh hubungan antara kawasan serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat di Daerah Pokok Sena.
Kejayaan menyiapkan projek setahun lebih awal daripada jadual membuktikan komitmen dan keupayaan JKR dalam melaksanakan projek secara cekap, berkualiti dan berkesan. Pencapaian ini merupakan hasil kerjasama erat antara agensi pelanggan, jabatan teknikal, kontraktor, serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek berjalan lancar dan mencapai sasaran yang ditetapkan.
๐’๐ž๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข-๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐ค๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐๐ข๐ฎ๐œ๐š๐ฉ๐ค๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐š๐ ๐ž๐ง๐ฌ๐ข, ๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง, ๐ค๐จ๐ง๐ญ๐ซ๐š๐ค๐ญ๐จ๐ซ, ๐ฉ๐ข๐ก๐š๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ฉ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐ฉ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š ๐š๐ญ๐š๐ฌ ๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š, ๐ค๐จ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐ž๐ง ๐๐š๐ง ๐๐ž๐๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ข๐›๐ž๐ซ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฉ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ง๐  ๐ฉ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š๐š๐ง ๐ฉ๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐ค ๐ข๐ง๐ข ๐ฌ๐ž๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐›๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฒ๐š ๐๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ฉ๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐ง๐ฒ๐š.
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja serta semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung atas kejayaan merealisasikan pencapaian yang membanggakan ini.