Pembangunan infrastruktur negeri Kedah terus diperkasakan menerusi Majlis Penyerahan ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐๐ค ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ ๐๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐๐ฎ๐ง ๐๐๐ โ ๐๐ฎ๐๐ฅ๐๐ง๐ โ ๐๐ฎ๐ค๐ข๐ญ ๐๐๐ค๐๐๐ก๐จ๐ง๐ (๐๐๐๐/๐/๐), ๐๐๐๐ซ๐๐ก ๐๐จ๐ค๐จ๐ค ๐๐๐ง๐, ๐๐๐๐๐ก, yang telah berlangsung di perkarangan Masjid Al Anwar, Kampung Tengah, Mukim Tualang.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datoโ Haji Mohamad Yusoff bin Haji Zakaria, Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YBrs. Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah JKR Kedah merangkap Pegawai Penguasa, Tuan Ir. Ts. Shamsul bin Abd Manaf, Jurutera Daerah JKR Padang Terap / Pokok Sena selaku Wakil Pegawai Penguasa, serta pegawai-pegawai JKR yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan projek ini.
Projek ini telah berjaya disiapkan 365 hari lebih awal daripada jadual asal, sekali gus mencerminkan pencapaian Ahead of Time (AOT) yang amat membanggakan. Kejayaan ini bukan sekadar memenuhi sasaran pelaksanaan, malah membuktikan keberkesanan perancangan strategik, pemantauan yang sistematik serta komitmen tinggi semua pihak dalam memastikan projek disiapkan dengan cekap, berkualiti dan menepati keperluan rakyat.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Datoโ Romani bin Wan Salin ; Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Pinang, YBhg. Datoโ Muhamad Mahazi bin Haji Ibrahim; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), YBrs. Encik Mohd. Zainul Fikri bin Datoโ Haji Mat Noh; Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah), Pejabat Daerah Pokok Sena, serta Encik Abdul Ghaffur bin Aziz; Pengarah Urusan Dinamik Fhin Jaya Construction Sdn. Bhd., selaku kontraktor projek.
Pembinaan jalan baharu ini bagi menggantikan laluan asal yang mempunyai selekoh tajam dan berbahaya akan memberikan manfaat besar kepada masyarakat setempat melalui penyediaan kemudahan perhubungan yang lebih selamat, selesa dan lancar. Selain meningkatkan aksesibiliti penduduk serta memudahkan urusan dan pergerakan harian, kemudahan ini juga berpotensi merancakkan aktiviti ekonomi setempat, memperkukuh hubungan antara kawasan serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat di Daerah Pokok Sena.
Kejayaan menyiapkan projek setahun lebih awal daripada jadual membuktikan komitmen dan keupayaan JKR dalam melaksanakan projek secara cekap, berkualiti dan berkesan. Pencapaian ini merupakan hasil kerjasama erat antara agensi pelanggan, jabatan teknikal, kontraktor, serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek berjalan lancar dan mencapai sasaran yang ditetapkan.
๐๐๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข-๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐ฉ๐๐ง๐ ๐ก๐๐ซ๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ง ๐ญ๐๐ซ๐ข๐ฆ๐ ๐ค๐๐ฌ๐ข๐ก ๐๐ข๐ฎ๐๐๐ฉ๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ฌ๐๐ฆ๐ฎ๐ ๐๐ ๐๐ง๐ฌ๐ข, ๐ฃ๐๐๐๐ญ๐๐ง, ๐ค๐จ๐ง๐ญ๐ซ๐๐ค๐ญ๐จ๐ซ, ๐ฉ๐ข๐ก๐๐ค ๐๐๐ซ๐ค๐๐ฉ๐๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ ๐๐ง ๐ฌ๐๐ซ๐ญ๐ ๐ฌ๐๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐ฉ๐๐ฌ๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ฉ๐๐ฅ๐๐ค๐ฌ๐๐ง๐ ๐๐ญ๐๐ฌ ๐ค๐๐ซ๐ฃ๐๐ฌ๐๐ฆ๐, ๐ค๐จ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐๐ข๐ค๐๐ฌ๐ข ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐ข๐๐๐ซ๐ข๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ฉ๐๐ง๐ฃ๐๐ง๐ ๐ฉ๐๐ฅ๐๐ค๐ฌ๐๐ง๐๐๐ง ๐ฉ๐ซ๐จ๐ฃ๐๐ค ๐ข๐ง๐ข ๐ฌ๐๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐ ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฒ๐ ๐๐ข๐ฌ๐ข๐๐ฉ๐ค๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฃ๐๐ฒ๐๐ง๐ฒ๐.
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja serta semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung atas kejayaan merealisasikan pencapaian yang membanggakan ini.








