CKE

Organisasi

Cawangan Kejuruteraan Elektrik

Fungsi Cawangan Kejuruteraan Elektrik
 
LATAR BELAKANG CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
 
  • Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Kedah merupakan salah satu dari jabatan-jabatan yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

  • Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Kedah ditugaskan untuk mengandalikan projek-projek baru pemasangan elektrik, penyelenggaraan pepasangan elektrik serta pemasangan telefon untuk Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

  • Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Kedahjuga memberi khidmat nasihat dan perkhidmatan sokongan kepada kerajaan negeri seperti pemasangan lampu hiasan dan lain-lain upacara rasmi kerajaan.


FUNGSI CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

    • Merekabentuk, memanggil tender dan menyelia kontrak untuk kerja-kerja elektrik, telefon dan sebagainya yang berkaitan dengan projek rancangan pembangunan malaysia di peringkat persekutuan dan negeri. 
  • Menyelenggara pepasangan- pepasangan kerajaan persekutuan dan negeri.

  • Memberi perkhidmatan persiapan untuk majlis-majlis rasmi kerajaan termasuk tugas tunggu sedia.

  • Mengawal dan menguruskan perbelanjaan mengurus persekutuan dan negeri, termasuk emolumen dan perbelanjaan lain.


ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ dan Salam Sejahtera

Bissmillahirrahmanirrahim

Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Kedah merupakan bahagian teknikal khusus bidang Kejuruteraan Elektrik dalam organisasi JKR Kedah yang juga sebahagian daripada unit sektor pakar pejabat Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) Ibu Pejabat JKR Malaysia. Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Kedah adalah sumber rujukan utama kepakaran bidang kejuruteraan elektrik bagi jabatan kerajaan.

Objektif cawangan ini adalah memastikan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur bangunan dan jalan untuk agensi kerajaan persekutuan dan negeri seluruh Negeri Kedah dalam bidang kejuruteraan elektrik sentiasa menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan. Cawangan ini turut memastikan pengurusan fasiliti aset kejuruteraan elektrik di premis kerajaan dan jalan menepati amalan terbaik supaya sentiasa berfungsi dengan baik, selamat dan kos efektif. Dalam masa yang sama, cawangan ini turut memastikan perkhidmatan perundingan pakar dalam bidang kejuruteraan elektrik adalah berasaskan profesionalisme dan berintegriti.

Secara dasarnya, cawangan ini berperanan merancang, mengurus, menyelaras, menyelia serta mengawal peringkat pelaksanaan pembinaan projek mengikut kualiti, jangka masa dan kos yang ditetapkan dalam bidang Pengurusan Projek meliputi pengurusan tapak bina, perkhidmatan perundingan teknikal dan khidmat nasihat teknikal khusus bagi pemasangan elektrik kepada semua agensi kerajaan di Negeri Kedah. Manakala bagi perkhidmatan Pengurusan Fasiliti Aset (Pengurusan Penyenggaraan Fasiliti Elektrik), cawangan ini bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja senggara bagi pemasangan elektrik mengikut Piagam Pelanggan dan program senggara yang ditetapkan dengan peruntukan yang disediakan oleh jabatan pelanggan di samping turut memberi khidmat perundingan teknikal berkaitan dengan pengurusan penyenggaraan elektrik meliputi infrastruktur bangunan dan jalan kepada agensi kerajaan yang memerlukan.

Selaras kepakaran dalam bidang kejuruteraan elektrik adalah diharapkan agar cawangan ini terus bersaing memacu inovasi teknologi digital bersepadu ke arah memanjangkan kitar hayat aset kerajaan secara optimum dan sentiasa terpelihara.

 “CKE Berprestasi Tinggi”

Sekian.
 
Ir. AMALINA BINTI TAIB, BCK
Ketua Jurutera Elektrik Negeri
JKR Negeri Kedah Darul Aman.

Dikemaskini pada 20.03.2025

Direktori CKE

BIL NAMA JAWATAN NO. TEL PEJABAT (04-702)
1 Talian Utama JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik 4646
2 Ir. Amalina Binti Taib, BCK Ketua Jurutera Elektrik Negeri J13 4621
3 Ir. Ts. Sazwan Bin Ishak Jurutera Elektrik J12 4622
4 Ir. Ts. Roslina Binti Muhamad Jurutera Elektrik J10 4623
5 Ir. Rohizan Bin Abdul Jurutera Elektrik J10 4624
6 Nor Hafizah Binti Mohamed Thazalie Penolong Jurutera Elektrik JA6 4625
7 Mohamad Kaizir Bin Mohd Yusof Penolong Jurutera Elektrik JA6 4626
8 Mohd Nazri Bin Yaacob Penolong Jurutera Elektrik JA6 4627
9 Azhar Bin Ariffin Penolong Jurutera Elektrik JA6 4628
10 Noor Diana Binti Zulkarnain Penolong Jurutera Elektrik JA5 4629
11 Shahrin Bin Ismail Penolong Jurutera Elektrik JA5 4630
12 Ahmad Bin Mat Ali Penolong Jurutera Elektrik JA5 4631
13 Izarina Binti Ahmad Penolong Jurutera Elektrik JA5 4632
14 Ahmad Hasbullah Bin Abu Hassan Penolong Jurutera Elektrik JA5 4633
15 Suriati Binti Abdul Talib Penolong Jurutera Elektrik JA5 4634
16 Mohd Ikhwanuddin Bin Abdul Ghani Penolong Jurutera Elektrik JA5 4635
17 Norwaty Binti Zakaria Penolong Jurutera Elektrik JA5 4636
18 Mohd Adham Bin Mohd Sani Penolong Jurutera Elektrik JA5 4637
19 Safizal Bin Abu Hassan Penolong Jurutera Elektrik JA5 4638
20 Mohd Nazhar Bin Mohd Kasa Penolong Jurutera Elektrik JA5 4639
21 Sitil Khaltom Bin Md Akhir Penolong Jurutera Elektrik JA5 4649
22 Latifah Binti Karudin Penolong Jurutera Elektrik JA5 4641
23 Mohd Nasrul Munir Bin Yusoff Penolong Jurutera Elektrik JA5 4642
24 Nor Laila Binti Mohamed Sawai Penolong Jurutera Elektrik JA5 4643
25 Mohd Khairizal Bin Mohd Medin Penolong Jurutera Elektrik JA5 4644
26 Khairul Anuar Bin Abd. Majid Penolong Jurutera Elektrik JA5 4645
27 Muhammad Rusman Bin Rosli Penolong Jurutera Elektrik JA5 4647
28 Fazliana Binti Ahmad Buderi Penolong Jurutera Elektrik JA5 4648
29 Noraziah Binti Nordin Setiausaha Pejabat N6 4649
30 Zaiton Binti Che Mat Pembantu Tadbir (P/O) N22 4650
31 Ir. Merliza Binti Mohd Kassim Jurutera Elektrik 4651
32 Jefree Bin Othman Penolong Jurutera Elektrik JA7 4652
33 Mohd. Azrul Bin Md Noh Penolong Jurutera Elektrik JA7 4653
34 Noor Lelawati Binti Abu Bakar Penolong Jurutera Elektrik JA6 4654
35 Nadia Yasmin Binti Arsad @ Assaad Penolong Juruukur Bahan JA5 4655
36 Mohd Yusni Bin Abdullah Penolong Jurutera Elektrik JA5 4656
37 Faridah Binti Mat Isa Penolong Jurutera Elektrik JA5 4657
38 Muhammad Firdaus Bin Ahmad Penolong Jurutera Elektrik JA5 4658
39 Amar Azali Bin Md Zain Penolong Jurutera Elektrik JA5 4659
40 Awatif Hanan Binti Noor Hazlan Penolong Jurutera Elektrik JA5 4660
41 Mohd Raffiq Bin Mohd. Rejab Penolong Jurutera Elektrik JA5 4661
42 Hamarin Bin Md Saad @ Hasan Penolong Jurutera Elektrik JA5 4662
43 Mohd Nasiruddin Bin Jamil Penolong Jurutera Elektrik JA5 4663
44 Salwati Binti Abu Hassan Pembantu Tadbir Kewangan W1 4664
45 Nor Adilah Binti Mohd Radzi Pembantu Tadbir (P/O) N1 4665

Cawangan Kejuruteraan Elektrik
Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Negeri Kedah,
Kawasan Perusahaan Mergong,
05582 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Telefon: 04-7024646