PENTADBIRAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

OBJEKTIF 

Menyediakan infrastruktur Bangunan Kerajaan bagi Kementerian Pelanggan bagi memenuhi Dasar Pembangunan Negara dengan menumpukan kepada:-

1. Menyerahkan 100% projek mengikut jadual yang dipersetujui dengan varian 10%.
2. Menyiapkan 100% projek mengikut kos yang diluluskan dengan varian 10%.
3. Ke arah produk berkualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan kepada tahap melebihi 70% (berdasarkan kepada borang kepuasan pelanggan).
4. Membelanjakan 100% peruntukan tahunan projek dengan varian 5%.
5. Ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan di mana kurang daripada 10 jenis aduan* bagi setiap projek yang berkait dengan ciri-ciri berikut: 
   a) Kefungsian produk sebagaimana rekabentuk
   b) Selamat digunakan
   c) Kemudahan senggaraan
   d) Mutu ketukangan (workmanship).

* Jenis aduan bermaksud satu bentuk kerosakan / kecacatan / kegagalan mana-mana komponen dalam produk tanpa mengira bilangan lokasi atau kekerapan yang berlaku semasa tempoh tanggungan kecacatan bagi sesuatu projek.

FUNGSI

  • Berfungsi sebagai rakan kongsi strategik kepada pelanggan kami dalam mencapai keberhasilan polisi kerajaan

  • Menjadi peneraju di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kecemerlangan kejuruteraan untuk negara

  • Menyediakan infrastruktur negara

VISI DAN MISI

VISI 

Menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan infrastruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.

MISI 

Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan :-

   – Membantu pelanggan kita merealisasikan matlamat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
   – Mempiawai proses dan system kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
   – Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang effektif dan inovatif.
   – Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.
   – Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
   – Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
   – Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
   – Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.

PIAGAM PELANGGAN JKR KEDAH

SENARAI PENGARAH TERDAHULU

Senarai Pengarah Terdahulu

NAMA TARIKH BERKHIDMAT
Mr. G.GJERTSEN 19.10.1955
Mr. R.R. CAMBRIDGE 20.10.1955 – 20.09.1957
MR. W.P.WINSTON 21.09.1957 – 16.09.1959
MR.G.S. GLAISTER 17.09.1959 – 16.04.1960
MR.B.J.M. CARVILL 17.04.1960 – 11.09.1960
MR.G.S. GLAISTER 10.10.1960 – 1964
TAN SRI MAHFOZ B. KHALID 1964 – 07.09.1969
EN. CHIN THEAM HUAH 08.09.1969 – 31.05.1972
EN. LIM THONG PENG 01.06.1972 – 03.03.1975
DATO’ IR. PONNUDURAI DSDK.,BCK. 04.03.1975 – 09.01.1986
DATO’ IR. HJ. ABDULLAH B. HJ. ABBAS DSDK.,SDK. 16.04.1986 – 06.02.1996
DATO’ DR. NORDIN B. YUNUS DSDK.,SDK. 01.04.1996 – 13.09.2003
TUAN IR. SYED MOHD. HAMDAN B. SYED HARMAN AMP. 16.012004 – 15.10.2005
DATO’ IR. BAHARANUDDIN B. CHE ZAIN 16.11.2005 – 15.12.2008
TUAN IR. ROSLAND B. ABD. GHANI 01.01.2009 – 17.09.2012
DATO’ HJ. SAMSUDIN B. BAKAR 17.09.2012 – 24.05.2017
TUAN IR. HJ. WAN MOHAMAD HILMI BIN WAN MAHMUD 03.07.2017 – 24.03.2019
TUAN IR. HJ. IBRAHIM BIN AHMAD 25.03.2019 – 10.05.2022
Ir. MOHD FISAL BIN ISMAIL, BCN. 17.07.2022- KINI

SEJARAH PENUBUHAN

Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah ditubuhkan pada 19.10.1955. Dahulunya, Jabatan Kerja Raya merupakan satu Jabatan Kerajaan yang diberi tanggungjawab memikul amanah dalam menyediakan kemudahan Infrastuktur Awam seperti Jalan, Bangunan, Jambatan, Lapangan Terbang dan Pelabuhan .