Organisasi
Unit Tentera
- Pengenalan:
JKR Unit Tentera Kedah merupakan satu bahagian di bawah pentadbiran JKR Kedah khasnya dan bertanggungjawab terus kepada Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan Tentera lbu Pejabat JKR Malaysia amnya di dalam perlaksanaan projek-projek senggaraan clan pembangunan KEMENTAH di Negeri Kedah. Bahagian ini beribu pejabat di lbu Pejabat JKR Unit Tentera Kedah Kern Lapangan Terbang Sungai Petani. Terdapat juga sebuah unit di Tingkat 9, Wisma Persekutuan Alor Setar. Bahagian ini diketuai oleh Jurutera Awam Kanan, disokong oleh unit teknikal dan Bahagian Pentadbiran/kewangan. Tanggungjawab bahagian ini adalah berhubung secara langsung berkaitan dengan kerja-kerja pembangunan awam, eletrikal dan mekanikal.
JKR Unit Tentera Kedah juga bertanggungjawab sepenuhnya melaksana kerja-keija pembangunan dan senggaraan di Kern Tentera Darat, Kern Tentera Udara dan Kern Tentera Laut di Negeri Kedah.
- Objektif Bahagian Pasukan Persekutuan Negeri (Kedah):
1. Memastikan asset persekutuan di setiap Unit Tentera Negeri Kedah sentiasa berfungsi dengan sempurna, selamat dan selesa untuk mencapai objektif jabatan
2. Mengekalkan kefungsian asset persekutuan di Unit Tentera JKR Negeri Kedah bagi memenuhi ciri-ciri teknikal dan ekonomi untuk mencapai nilai kos pusingan hayat yang optimum.
3. Memastikan kerja penyelenggaraan aset persekutuan di Unit Tentera JKR Negeri Kedah cemedang, kos berkesan dan memenuhi kepuasan pelanggan.
- Fungsi Bahagian Pasukan Persekutuan Negeri (Kedah):
1. Menyelaras, merancang dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan menaikkan taraf semua infrastruktur temasuk kemudahan- kemudahan di Kern Tentera di Negeri Kedah. lni merangkumi bangunan kediaman, bekalan air, sistem pembentungan, perparitan, lapangan terbang kecil, padang tembak, struktur laut, kolam renang dan kemudahan elektrik sena jentera yang berkaitan.
2. Menyelaras, merancang, dan melaksanakan projek-projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan di Kern Tentera. lni termasuk penyediaan tawaran, pentadbiran kontrak dan pengawasan kerja pembinaan di tapak bina.
3.Mengkaji dan menyiasat infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang menghadapi masaiah atau pun kegagalan dan menyediakan cadangan penyelesaian atau pembaikan.
4.Mengkaji dan menyediakan pelan-pelan untuk kerja-ketja ubahsuai dan tambahan bagi bangunan dan kelengkapan angkatan tentera.
5.Memberi khidmat nasihat teknikal kepada pihak tentera di dalam umsan pedaksanaan projek-projek penyelenggaraan, peningkatan dan pembangunan di dalam Kem-kem Tentera Negeri Kedah.
Unit Tentera Negeri, JKR Kedah merupakan sebahagian daripada Bahagian-bahagian teknikal dalam komposisi organisasi JKR Negeri Kedah dimana keseluruhan pegawai dan kakitangan terdiri daripada lantikan Persekutuan. Unit ini juga merupakan sebahagian daripada pejabat daripada Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB) yang berpangkalan di Ibu Pejabat JKR Malaysia serta penempatan di setiap negeri-negeri.
Unit ini berfungsi dalam pelaksanaan senggaraan yang melibatkan kerja-kerja awam, elektrik dan mekanikal bagi kem-kem Tentera Darat, Udara dan Laut di seluruh negeri Kedah. Selain itu juga, ianya juga berperanan dalam memastikan perkhidmatan pengurusan fasiliti bangunan dan yang berkaitan dengannya sentiasa efektif clan efisien dalam memenuhi kehendak pelanggan.
Dengan tertubuhnya Unit Tentera Negeri ini adalah diharapkan agar kerja-kerja senggaraan bangunan-bangunan di Kem Tentera Darat, Udara dan Laut akan lebih bersepadu dan menyeluruh serta dapat memanjangkan kitar hayat aset bagi memastikan fasiliti ketenteraan khususnya melibatkan bangunan dan infrastruktur sentiasa terpelihara.
Ir. Mohd Hafizi Bin Akhir
Jurutera Awam Kanan
Unit Tentera Negeri Kedah
JKR Negeri Kedah Darul Aman.
-Sedang Dikemaskini-
Kem Lapangan Terbang Sungai Petani
08000 Sungai Petani Kedah
Hubungi Kami
Pengarah JKR Negeri Kedah Darul Aman
Tingkat 6, Bangunan Sultan Abdul Halim
Jalan Sultan Badlishah
05582 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Pej. Am: 04-7297100
Aduan: 04-7297171
Faks: 04-7297264
E-mel: jkr[at]kedah.gov.my
Tarikh Kemaskini