BENGKEL PEMASANGAN JAMBATAN KELULI BERMODULAR (JPKB) JENIS ACROW 700XS

ALOR SETAR, 28 OGOS 2023 – Bengkel Pemasangan Jambatan Keluli Bermodular (JPKB) Jenis Acrow 700XS
telah diadakan di Setor Senggara JKR Bahagian Jalan Negeri Kedah selama 3 hari iaitu pada 28-30 Ogos 2023.
Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Tuan Ir. Mohd Fisal bin Ismail telah hadir merasmikan bengkel tersebut
Seramai 40 orang peserta yang hadir terdiri daripada kakitangan JKR Pulau Pinang. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam pemasangan JPKP.