𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐆𝐔𝐒 𝐈𝐀𝐈𝐓𝐔 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐆𝐀𝐑 𝐀𝐍𝐓𝐈-𝐂𝐋𝐈𝐌𝐁 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐄𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐆𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐆𝐀𝐑 𝐀𝐍𝐓𝐈-𝐂𝐋𝐈𝐌𝐁 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐄𝐍 𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍.

Majlis penyerahan Projek Kerja-kerja Pemasangan Pagar Anti-Climb Serta Kerja-kerja Berkaitan di PUSPEN Serdang dan juga Projek Kerja-kerja Pemasangan Pagar Anti-Climb Serta Kerja-kerja Berkaitan di PUSPEN Karangan Kulim, Kedah Darul Aman, telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Disember 2023 (Selasa) bertempat di PUSPEN Serdang, Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Yulinar Binti Ismail, Jurutera Daerah JKR Kulim/Bandar Baharu selaku Pegawai Penguasa kepada YBrs. En. Badrulhafiz Bin Sulaiman, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Dalam Negeri. Majlis bertambah seri dengan kehadiran YBrs Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, YBrs En. George Blaise A/L Anthony Abad, Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Ibu Pejabat AADK dan YBrs En. Mahazan Bin Othman, Pengarah PUSPEN Serdang.
Projek Kerja-kerja Pemasangan Pagar Anti-Climb Serta Kerja-kerja Berkaitan di PUSPEN Karangan Kulim, Kedah Darul Aman telah diberi milik tapak pada 29 Disember 2021 dan telah berjaya disiapkan pada 27 September 2023 manakala Projek Kerja-kerja Pemasangan Pagar Anti-Climb Serta Kerja-kerja Berkaitan di PUSPEN Serdang telah diberi milik tapak pada 29 Disember 2021 dan Berjaya disiapkan pada 20 Oktober 2023.
Kejayaan berganda pada hari ini pastinya diselangi dengan cabaran dan halangan semasa kerja pembinaan berjalan. Alhamdulillah hasil kerjasama yang padu dan jitu yang ditunjukkan oleh semua stakeholders yang terlibat, cabaran dan halangan yang mendatang telah dapat diharungi dengan sangat baik dan berjaya terjemahkan pada hari ini dengan penyerahan berganda pada hari ini kepada pihak pelanggan. Pembinaan projek-projek ini telah disempurnakan dengan sangat baik oleh kedua-dua pihak kontraktor memenuhi sepertimana kehendak spesifikasi kualiti pembinaan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan, dalam tempoh yang telah ditetapkan serta tidak melebihi siling peruntukan yang telah diperuntukan. Pihak kontraktor telah menunjukkan pretasi kerja yang cemerlang.
Adalah menjadi harapan besar Jabatan ini , penyiapan projek projek ini dapat memenuhi dan mempertingkatkan keperluan keselamatan yang diperlukan oleh pihak pelanggan sekaligus memberi manfaat kepada semua.
Jutaan terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang telah menjayakan penyiapan projek ini sepertimana yang ditetapkan.