LAWATAN TAPAK BAGI MENYAKSIKAN PENGUJIAN 𝙡𝙪𝙢𝙞𝙣𝙚𝙨𝙘𝙚𝙣𝙩 𝙧𝙤𝙖𝙙 𝙢𝙖𝙧𝙠𝙞𝙣𝙜 @ 𝙂𝙡𝙤𝙬 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝘿𝙖𝙧𝙠 (GITD) DI JALAN SIMPANG 3 GULAU / KG SURAU (K157) DAN JALAN NAMI / KG PINANG (K8), DAERAH SIK

12 Disember 2023, Selasa
Lawatan tapak oleh Jurutera Awam Penguasa Jalan Kedah, Pasukan Unit Penyenggaraan Jalan Negeri JKR Kedah, JKR Daerah Sik dan pihak konsesi BDB Infra Sdn. Bhd. bagi menyaksikan pengujian 𝙡𝙪𝙢𝙞𝙣𝙚𝙨𝙘𝙚𝙣𝙩 𝙧𝙤𝙖𝙙 𝙢𝙖𝙧𝙠𝙞𝙣𝙜 @ 𝙂𝙡𝙤𝙬 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝘿𝙖𝙧𝙠 (GITD) di Jalan Simpang 3 Gulau / Kg Surau (K157) dan Jalan Nami / Kg Pinang (K8), Daerah Sik.
Daerah Sik merupakan daerah kedua mengguna pakai GITD 𝘳𝘰𝘢𝘥 𝘮𝘢𝘳𝘬𝘪𝘯𝘨 di Negeri Kedah dan pertama di Malaysia menggunakan elemen (𝘮𝘪𝘤𝘳𝘰𝘤𝘳𝘺𝘴𝘵𝘢𝘭𝘭𝘪𝘯𝘦 𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘪𝘤 𝘣𝘦𝘢𝘥𝘴 𝘢𝘯𝘥 𝘩𝘪𝘨𝘩 𝘳𝘦𝘧𝘭𝘦𝘤𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘪𝘯𝘥𝘦𝘹 𝘨𝘭𝘢𝘴𝘴 𝘣𝘦𝘢𝘥𝘴) di sepanjang 𝙡𝙪𝙢𝙞𝙣𝙚𝙨𝙘𝙚𝙣𝙩 𝙧𝙤𝙖𝙙 𝙢𝙖𝙧𝙠𝙞𝙣𝙜 @ 𝙂𝙡𝙤𝙬 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝘿𝙖𝙧𝙠.
Justeru itu, keadaan 𝙡𝙪𝙢𝙞𝙣𝙚𝙨𝙘𝙚𝙣𝙩 𝙧𝙤𝙖𝙙 𝙢𝙖𝙧𝙠𝙞𝙣𝙜 @ 𝙂𝙡𝙤𝙬 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝘿𝙖𝙧𝙠 akan menjadi lebih terang pada waktu malam dan memberikan keselesaan kepada pengguna jalan raya.