KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA JKR DAERAH BALING

JABATAN KERJA RAYA DAERAH BALING
NOTIS SEBUT HARGA
SEBUT HARGA BIL : JKR(BLG)1/P/2024(N)
1.Sebut Harga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengandan Kementerian Kewangan Malaysia bagi Kod Bidang Pendaftaran Bekalan dan Perkhidmatan 221001, berdaftar dengan Kerajaan Negeri Kedah (iDAFTAR) dan masih dibenarkan menyertai Sebut Harga pada masa ini.
2.Tuan-tuan dinasihatkan untuk memastikan tarikh SAH LESEN sekurang-kurangnya TIGA (3) BULAN dari tarikh tutup Sebut Harga. KEGAGALAN berbuat demikian BOLEH MENJEJASKAN peluang bidaan yang dimasuki oleh tuan-tuan.
3.Lawatan tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN.
4.Syarikat yang berminat dan berkelayakan seperti tertera hendaklah membuat PERAKUAN menyertai Sebut Harga di sistem iDAFTAR (https://idaftar.kedah.gov.my/) dan menjelaskan bayaran secara atas talian mengikut No. Sebut Harga iaitu JKR(BLG)1/P/2024(N) dengan jumlah RM 10.00 sebelum dokumen SOFTCOPY Sebut Harga dikemukakan kepada syarikat. Urusan penjualan Sebut Harga dibuka sepanjang masa setiap hari kecuali pada jam 12.00 tengah malam hingga 12.30 pagi bagi penyelenggaraan transaksi pihak bank.
Tarikh Jual : 17 DISEMBER 2023
Tarikh Akhir Jualan : 23 DISEMBER 2023
Tarikh Tutup : 24 DISEMBER 2023
5.Syarikat dikehendaki menyemak No. Siri Kawalan Dokumen yang diberi melalui sistem iDAFTAR dan melengkapkan No. Siri Kawalan Dokumen pada halaman muka hadapan Dokumen Sebut Harga pada ruang kotak yang disediakan. Kegagalan ini, boleh mengakibatkan dokumen DITOLAK.
6.Jika Sebut Harga dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar / kurier, Penyebut Harga hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup Sebut Harga selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
7.Dokumen Sebut Harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Pejabat Jurutera Daerah, JKR Daerah Baling tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari, hari AHAD bertarikh 24 DISEMBER 2023.
8.Syarikat perlu memastikan SOP KKM bagi membendung penularan wabak Covid-19 dipatuhi seperti amalan penjarakan fizikal dan tidak dibenarkan sama sekali amalan penghantaran dokumen tawaran secara berkumpulan.
Ir. Asrul Effendi Bin Jamlus
Jurutera Daerah,
JKR Daerah Baling.
Tarikh Pamer Iklan : 13.12.2023