MAJLIS PENYERAHAN BAGI PROJEK MENGGANTIKAN JAMBATAN SUNGAI KURA

  
28 Februari 2024, SELASA
Majlis Penyerahan bagi Projek Menggantikan Jambatan Sungai Kura Di Jalan Lubuk Merbau/Kg. Kura (K 153), Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman. Turut dihadiri bersama Yang Berhormat, Tuan Haji Mohamad Yusof @ Munir, Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, Yang Berbahagia, Encik Muhammad Yusri Jurutera Awam Penguasa Jalan JKR Negeri Kedah, Pengarah Urusan Ikhtisas Mulia Sdn Bhd.
Untuk makluman, projek ini telah siap sepenuhnya pada 15 Februari 2024 iaitu lebih awal daripada tarikh ditetapkan. Projek ini juga telah mencapai Kriteria 7 dalam 1 iaitu, Sijil Perakuan Siap Kerja, Lukisan Siap Bina, SOFA, Projek diserahkan Awal, Zero Major Defect, Lost Time Injuries dan Penjimatan Kos Kontrak.
Semoga Jambatan ini memberi manfaat menjadi ikatan yang menghubungkan antara komuniti-komuniti yang berbeza, menghubungkan antara impian dan realiti, serta menghubungkan antara masa depan yang lebih baik bagi masyarakat.